Blue Sky

Blue Sky

Tuesday, 9 August 2016

My 2016

Hi Assalamua'allaikum

Apa Khabar? Annyeong~ Ogenki Desuka? Setahun lebih lagi... hahahaha.. mcm biasa, blog nie jarang dibuka,, but at least setahun sekali @ dua kali tu buka la juga kan? hahahaha well nak gossip pepanjang nie

Ingat lagi dak budak yang pernah aku cerita tu,, yg pernah jadi kawan aku then aku tetiba lari dari dia coz dia bercouple dgn crush aku tu? Nk gtau nie, aku dpt tau dia dh kahwin dh pun dgn ex crush aku tu. Alhamdulillah dh ank besaq dh pun. Aku dpt tau nie pun hasil dri stalker aku la which is cousin aku. Maybe ada pembaca yg x prnh tau psai kisah aku nie. Ok la, aku cita sikit la. Dlu msa belajaq poli tu, time tu sem 1 aku ada crush dgn sorang budak laki nie, budak teater aku la. Aku punya la "kamcing" gila dgn classmate dia tu, coz classmate dia tu girl, then classmate dia tu pun member teater juga la. Aku nie pun rpt dgn girl tu coz nk kenai lagi la dgn crush aku nie. Tut tut, mai akhir sem 2 aku dpt tau yg crush aku nie couple dgn girl tu. Lalu aku pun tinggalkan kelab teater tu sbb dari dok pndng depa buat menyakitkan hati ja dan dgn paper aku kena repeat la. Waktu tu rasa bodoh la, bangang la, semua terasa la. Tapi sikit pun aku tak menyesal.Tau sebb apa? sbb bila aku reflect balik apa yg dh terjadi, Allah nk bgi petunjuk la. Aku pun sembahyang tahjud bila kenal semua insan2 mcm tu. Dan doa tahajud aku pun terjawab. Ini semua takdir Tuhan. Tapi nk gtau la. Klau bagi peluang balik kan, Aku nk minta maaf bebanyak sangat2 kat si "SI" ni dan isterinya "A" termasuklah "F" ats semua salah silap aku pernah buat kat depa. Hubungan aku dgn si "SI" tu dingin,,, sama mcm si "A" ni juga.

Takpa la,lupakan saja memori lama tu. Look at the title I had put today? Why my 2016? Just found this picture at Facebook today, and I'm laughing hardly.
Mana taknya,, aku pun tanya balik soalan yg sama pada diriku nie. Apa yg aku buat dlm msa  8 bulan nie? Perkara pertama yg aku pop out ialah jaga anak menakan aku dgn tnpa berbuat apa2. Tiap2 hari kena marah dgn mama. Kesian mama. Bukan aku ni sebagai ank tak terasa nk tolong, tpi tu ha, si Nabil tu bila nmpak ja aku terus lari pi kat maktok dia. Apa? Dia ingat mak su dia yg sorang nie raksasa ka apa? Bila tnya kat budak si tecit tu " Nabil, Nabil x suka chu ah kan?" Dia jawab " hmm.." woah!!! Baru 1 tahun 4 bulan dh boleh jawab soalan tu. Mmg genius (-_-) *emang muka gue nie monster baginya?*

Perkara kedua ialah, tentang amalan aku. Aku slalu reflek juga bab2 nie. Tambah2 bila aku demam hari nie(bru ja kebah) Aku mengaku sebagai insan biasa aku ada buat bnyak silap. Dosa berbohong, dosa pandangan mata. Sembahyang solat sunat taubat, tpi ...... hampeh! langsung tak ambik kesan dari solat sunat taubat tu. Nampak? Nampak dak kat situ hati aku tak bersih?

Tau dak apa yang lagi memalukan. Anugerah. Tu lagi benda yg Tuhan hadiah kat kita, tpi klau kita tgk balik, why Allah bagi Anugerah kat kita, walhal kita bnyak buat dosa? Ha, nie soalan serious nie.Even aku pun tak tau nk jawabnya. Spontan ja taip ikut apa yg terlintas. Tu tandanya Allah sayang kita. Tpi, Kita??? Kita sayang Allah tak? Apa kita buat kepada Allah? Hutang dh bayaq kat Allah? Nanti Allah bayaq "cash" tau kat alam sana nnti.

Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan aku masih lagi diberi nafas utk hidup kat sni lagi.Dapat aku rasa anugerah Allah. Tau dak, aku nk kongsi berita gembira dgn hmpa.


Ni ha.. dh selama setahun lebih aku tunggu. Akhirnya aku graduate dari Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis dari Jabatan Perdangangan course Diploma in Secretarial Science. Alhamdulillah. Dari tak pernah ada pengalaman dpt sejambak bunga hidup. Tu ha,,dapat 2 jambak terus.. Ada 8 kuntum semua, termasuk darinya sekuntum dari En. Majdi selaku pensyarah akaun aku. Aku dpt Anugerah Ketua Jabatan for sem 6 tau. WOW! *CLAP* Masa last day hantaq jubah tu, Pensyarah Law aku, cium la aku, dia ckp "jangan lupa jemput makan kenduri nnti" Ya la Puan.. nnti ada jodoh saya jemput Puan. Tak jauh mana pun, Pauh ja pun.

Then, berita baik yang kedua pula, aku dapat tawaran ke Universiti Utara Malaysia,under School of Government course Bachelor of Public Management.Thanks to kawan sekolah rendah aku for recomend aku course ni. Ramai kawan2 S/U aku dari poli kebanyakannya kerja dan juga ambk kos lain dari yg ada kaitan dgn S/U for exp Business, Account etc. Apa2 pun aku ucap good luck and all the best to all my friends in whatever you do, or whatever path you take you must know that you're the best. Dari penulisan aku nie juga, aku nk ambik kesempatan nie untuk berterima kasih kepada semua yang mendokong cita2 aku serta yang ada tak kira la masa susah senang aku. Even, lepas nie bnyak lagi ujian yang menanti di UUM nnti. Even, aku rasa cam aku sorang ja wakil PTSS yg dok School of Goverment tu (-_-). Dengaq kata UUM tu luas, boleh sesat.. tak mcm PTSS even luas, kot mana pun tak pernah la lagi dengq kes org sesat kat PTSS tu. Aku pun ada juga nervousnya. Mau tak ya, lagi 2 weeks lagi nk masuk.28/08/2016  nie la tarikh aku masuk. Ada bnyak benda nk buat. Kawan2 pakat2 dok Whasapp  kat aku dh, gtau yg nu, gtau yg nie. Sampai boleh demam la aku kiranya.

Ok,, So I'm done in here. In the next writting pula, I believe aku akn cerita live aku kat UUM pula. So, Kisah di PTSS nie kira tutup diary la. Tak mau dh dok cerita pasai poli tu lagi.. Habis dh.. Kalau nk cerita nie pun tunggu aku jemput pensyarah2 Poli aku mai makan kenduri aku kahwin la pula. Tu pun kalau Tuhan bagi rezeki nk hidup lagi. 

Ok.. Sayonara....