Blue Sky

Blue Sky

Saturday, 26 January 2013

Complicated L.O.V.E

Hi semua, Assalamuallaikum. Lama dah aku tak menulis di blog ni. Dah
"bersarang" dah blog aku akibat tinggal terlalu lama.Mungkin, aku x berapa suka sangat nak karang tulisan banyak2 nie. Btw, hari ini aku nak cerita kat korang semua mengenai sesuatu di hati aku. Well, tengok tajuk dah, confirm korang fikirkan aku ni, akan cerita bab cinta.Yes, memang aku nak cerita kat korang tentang perasaan C.I.N.T.A.
   Kalau dulu, aku boleh la cakap aku nak kenal kaum Adam la, teringin nak bercinta la. Tapi, sekarang, bila dah rasa apa itu perasaan cinta, cukup serik aku nak menghadapinya. Sebenarnya, aku belum lagi couple, cuma perasaan itu wujud.
  Ada la sorang mamat ni, dia ni ahli kelab sama dengan aku di poli. Nak kata dia handsome, ada keturunan arab sikit. Nak kata dia ni pandai atau bergaya, nampak selekeh saja penampilannya. Tapi, bila ditanya kepada semua ahli kelab aku, semua akan cakap dia paling ada rupa. Well, sebelum ni, timbul satu kes yang aku ni "gaduh" dengan mamat nie. Usikan senior2 serta kekawan katanya," Jangan gaduh, nnti ada jodoh"  betul2 menyumpah diri aku. Tak usah aku cerita kat korang soal kenapa aku gaduh dengan dia.
  Tapi, setelah aku siasat sendiri,dan memberanikan diri tanya dia, sama ada perkara yang kami gaduh kan tu betul @ tidak, dia dengan yakinnya menjawab semua itu hanyalah salah faham sahaja.Dari situ, aku mula timbul rasa bersalah yang teramat sangat sebab menuduh dia macam2. Jadi, started from that, kitaorang rapat. Mula aku tahu rahsia si dia. Kami berkongsi-kongsi rahsia. Tut-tut ada perasaan ganjil yang lahir di jiwa aku mengatakan aku jatuh cinta dengan dia.
  Berita baiknya, si dia juga menaruh harapan cintanya kepada ku. Tapi, aku tahu pun dari kawan2 ja.Sebab kalau nak ikutkan mamat ni, memang sengal sikit bab nak luahkan perasaan, tapi, tak mengapa aku akan tetap menunggu dia.
  Dalam sedang menunggu dia, aku terbaca blog kawan baiknya, dalam erti kata lain, kawan baik dia ni adalah perempuan. Berdasarkan blog dan juga muka buku, kawan baik ni a.k.a perempuan cantik ni dah jatuh cinta dengan si dia. Hati aku agak sedih juga la, ye la, cuba bayangkan kita suka pada si dia, dan lastly kita dapat tahu kawan baik dia yang lebih memahami dia jatuh cinta dengan dia. So, aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja demi menjaga hati teman baik si dia.
 Dalam proses aku berdiam diri ni, si dia asyik2 mengorat aku saja. Bagi aku, perasaan itu memang kuat menyatakan aku jatuh cinta dengannya, namun apakan daya, aku ada perasaan sebagai manusia yang bergelar wanita. Aku bukan kejam nak ambik si dia terus, aku takut ada yang tidak senang hati mellihat aku bahagia.
  Tut-tut si dia beritahu kepada aku, teman baik nya (yang lelaki , juga merupakan ahli kelab yang sama merangkap boss aku) telah jatuh cinta dengan gadis yang meminati si dia tadi. Ok, this is very complicated,I know everything about their secret, and now aku tersepit.
Aku suka si dia, si dia suka pada aku, tapi, pada masa yang sama gadis cantik yang merupakan kawan sekelas si dia juga menaruh harapan yang sama, dan pada masa yang sama juga teman baik si dia suka pada gadis sekelasnya juga. Sekarang nie, yang paling merisaukan aku ialah, gadis tersebut juga seringkali berhubung dengan aku kerana dia merupakan pen.pengarah kelab. a.k.a dah jadi kawan aku dah pun. Manakala, teman baik si dia (yg lelaki itu) merupakan "boss" aku. Jadi,aku rapat dengan semua. Lastly, aku serik, biarkan sahaja si dia mengaku yang dia sudah jatuh cinta dengan aku, walaupun aku tahu si dia memang lembap bab2 confess nie. Kang, kalau aku gitau aku suka dia, ada yang merana pulak.Kalau aku gitau aku x suka si dia, takut, teman baik si dia(lelaki) susah pulak ,sebab gadis itu kan ambik kesempatan. So, my lovely man sekarang ni ialah Nakajima Kento, tak susah pun nak fikirkan semua nie, buang masa saja layan tali perhubungan yang tak pernah2 habis. Silap haribulan, perdana menteri pun x boleh bincang kes ni dalam mahkamah sebab terlalu complicated.Itu sahaja luahan aku untuk kali ini. Lebih baik aku berangan bercouple dengan Nakajima Kento.

Thursday, 10 January 2013

Kepada Kamu wahai C.I.N.T.A



Sungguh! Aku tidak mengerti mengapa engkau hadir di dalam tidurku.
Aku tidak tahu,mengapa seringkali aku terbayangkan wajahmu.
Jika benar, engkau ditakdirkan untukku,
Mengapa  tiada perkhabaran cinta darimu.
Mahu saja aku memekik agar kamu pergi dari mimpiku,
Namun hati ini tidak membenarkan cinta yang ada menghalau bayanganmu.
Jika benar engkau ditakdirkan untukku.
Mengapa diriku masih tertunggu-tunggu.
Mahu saja aku memberitahu kepadamu,
Bahawa di sini, masih ada yang sudi menanti dirimu
Menagih cinta yang belum pernah kau tahu.
Kepada kamu Wahai Cinta,
Aku di sini terus menanti Cinta darimu,
Meski enkau tidak tahu perasaanku,
Terhadapmu.