Blue Sky

Blue Sky

Sunday, 2 February 2020

Di antara minggu terakhir berada di dunia practicum

Hello eberyyyyyybuddeh~~

      Well, cepat masa itu berlalu. Dah nk habis practicum dh. Orang pakat habis 6 hb this week. Semua pakat bising, nk submit nu la ini la. Aku ni pula. Log book dgn report tak ketahwan hala buat lagi. Malam ni aku nk pulun log book pastu nak buat report. By hook or by crook, mesti kena complete minggu ni la. Hari cuti tu aku banyak spend time dengan mama la. Aku rasa quality time dengan family tu penting till aku lupa yang patut aku focus ialah log book aku dan report aku. Tapi, mujuq la, aku  boleh submit next week. Ataupun 2 weeks from now. Lega la, surat aku pun Alhamdulillah, lulus.

       Ok, so let's talk about another things dari practicum boleh tak? Kira sepanjang 4 bulan ni, aku dok sebut pasai practicum ja la kan? Aku pun malas nk cerita pepanjang ni. Lately, aku tak tau apa menimpa diri aku. Rsa mcm kena panick attack pun ada, anxiety pun ada, entah la. Aku tak berapa nk faham sangat. Aku rasa macam aku ni overthinking pun ada juga. Aku rasa sebab aku tak solat sunat taubat la. Tu yg pelik sangat. Sentuh Al-Quran dan tasbih pun dh berkurun berabad dh tak sentuh. Memang kerja gila tu. Astagfirullah. Patutnya, aku tak boleh ralik bab2 agama ni. Bila2 masa saja, ALLAH boleh ambik nyawa kita bila DIA nak kat kita. Betul dak?

        Alhamdulillah, sejak aku pi ceramah dengan mama kat masjid hari tu. Aku rasa macam lega dengan takdir Allah. Allah hantar insan untuk jadi perantaraan, dimana insan(dr psikiatri) tu cerita balik pada semua audience tntg psikiatri la. So, memang apa yang aku nk sampaikan kepada mama tu, dh ada dlm ceramah tu. Aku tengok, mama pun dah banyak cakap lembut dengan aku. Dah mula ajak aku buat aktiviti bersama. Hmm.. aku rasa bahagia dan bersyukur. Aku pun mula sedaq satu ayat yg mmg zupp~~~ kat aku la bila dr psikiatri tu cakap "you need to create your own self love".
 
       Untuk bahagia especially orang yang depression ni, kita tak perlu pun nak harap orang untuk bagi kasih sayang kat kita, bagi perhatian kat kita, tanya habaq kita. We don't need all that. What we need is ALLAH sebenarnya. Kita perlu hanya ALLAH. If rasa macam kita tak bahagia dengan orang sekeliling, mengadu pada ALLAH. InsyaALLAH~ everything will be smooth. ALLAH tu Maha Penyayang. Tak cukup kasih sayang, cari ALLAH. DIA ada kasih sayang yang kita perlu tu. (Note untuk diri sendiri juga)

Hari yang agak tenang di Office part 2

Hello and Assalamu'allaikum semua~

   Well, pagi ni aku bangun lambat dan of course datang kerja pun lambat la. Entah, aku kunci ja jam tu, tapi malas piang la nak bangun. Sebab tau dah, aku bukan ada kerja pun. Semalam tidoq awai ja, tapi entah pemalas piang punya mood datang gila2 la. So, basically, biaq aku update apa yang berlaku. Kelmarin masa aku balik time Maghrib tu, aku singgah Masjid Jamek dan tukaq plan data phone aku. Dan dok malam semalam, aku ter "shock" sebab aku kena bayaq sewa rumah. Alih pi, alih mai, tahu dak, duit aku dalam akaun sekarang tinggai sikit ja. Astagfirullah. Dalam Maybank dh tinggal RM 246 while dalam Bank Islam aku hanya tinggai RM 87 camtu la. Ya Ampun,, duit elaun bulan Disember ni baru dapat.

    Memang aku risau gila la. Ya la, aku belanja tinggi kot. Aku rasa, aku belanja banyak sangat untuk makanan la. Serious talk, makanan sini susah nak dapat yang murah2 plus, kat kawasan tempat kerja aku ni sahaja, only fast food sahaja. Klau nk cari yang murah2 macam nasi campuq tu, mmg kena beratuq panjang dan buang masa. Ala, bukan nak tau geng2 department aku ni. Keluaq rest awai gossip, masuk lambat gossip. Aku malas dah la dgn expression depa yg tah apa2 tu. Aku cuma pikiq nak habiskan intern ni ja. Pastu, aku nak blah dengan kadar segera.Uish,, tak sabaq nya menanti 6 Feb 2020. Terasa sangat special time tu.
   
    So, aku kena start jimat dah la start Disember ni. Aku nak beli bahan mentah dengan Nuzul, pastu masak ja. Tapi, dok pikiq balik, sempat ka ha? I mean, sempat ka nak masak tiap2 malam? Ka, harus aku masak sahaja hujung minggu, pastu peringat ja? Tapi tu la, peti ais pun kecik sangat. If peti ais gedabak besaq macam kat rumah aku kat Perlis tu, ada juga boleh rancang. Hmm.. memang kena masak tiap2 hari la mcm ni.

    Fikiran aku kira nak balik saja. Hari ni, tinggal sorang executive lelaki tu sja. Dia dari pagi tadi pi meeting. Aku syak, petang satgi baru dia ada kt office. Hopefully, dia tak bagi aku keja last minute. If dia bagi kat aku keja last minute, aish aku tak tau nak kata apa la. Kepala aku dah migraine dh ni. Tadi ok ja, lps aku pi nk makan tu, lalu tgh panas dengan habuk bagai, hmm.. maka migraine minor dtg slow2. Hmm.. nak balik sangat2 dah ni. Serious talk,,mmg nak balik sangat2. Tak boleh jadi juga  ni, start minggu depan, aku kena mohon cuti gak, kot mana pun. Kalau tak, aku memang tak akan dapat cuti aku la. Bila lagi aku nak off day kan? Department aku ni, dh la aku tak faham. Mulut aku pun berat nak sembang dengan staff.