Blue Sky

Blue Sky

Sunday, 2 February 2020

Hari yang agak tenang di Office part 2

Hello and Assalamu'allaikum semua~

   Well, pagi ni aku bangun lambat dan of course datang kerja pun lambat la. Entah, aku kunci ja jam tu, tapi malas piang la nak bangun. Sebab tau dah, aku bukan ada kerja pun. Semalam tidoq awai ja, tapi entah pemalas piang punya mood datang gila2 la. So, basically, biaq aku update apa yang berlaku. Kelmarin masa aku balik time Maghrib tu, aku singgah Masjid Jamek dan tukaq plan data phone aku. Dan dok malam semalam, aku ter "shock" sebab aku kena bayaq sewa rumah. Alih pi, alih mai, tahu dak, duit aku dalam akaun sekarang tinggai sikit ja. Astagfirullah. Dalam Maybank dh tinggal RM 246 while dalam Bank Islam aku hanya tinggai RM 87 camtu la. Ya Ampun,, duit elaun bulan Disember ni baru dapat.

    Memang aku risau gila la. Ya la, aku belanja tinggi kot. Aku rasa, aku belanja banyak sangat untuk makanan la. Serious talk, makanan sini susah nak dapat yang murah2 plus, kat kawasan tempat kerja aku ni sahaja, only fast food sahaja. Klau nk cari yang murah2 macam nasi campuq tu, mmg kena beratuq panjang dan buang masa. Ala, bukan nak tau geng2 department aku ni. Keluaq rest awai gossip, masuk lambat gossip. Aku malas dah la dgn expression depa yg tah apa2 tu. Aku cuma pikiq nak habiskan intern ni ja. Pastu, aku nak blah dengan kadar segera.Uish,, tak sabaq nya menanti 6 Feb 2020. Terasa sangat special time tu.
   
    So, aku kena start jimat dah la start Disember ni. Aku nak beli bahan mentah dengan Nuzul, pastu masak ja. Tapi, dok pikiq balik, sempat ka ha? I mean, sempat ka nak masak tiap2 malam? Ka, harus aku masak sahaja hujung minggu, pastu peringat ja? Tapi tu la, peti ais pun kecik sangat. If peti ais gedabak besaq macam kat rumah aku kat Perlis tu, ada juga boleh rancang. Hmm.. memang kena masak tiap2 hari la mcm ni.

    Fikiran aku kira nak balik saja. Hari ni, tinggal sorang executive lelaki tu sja. Dia dari pagi tadi pi meeting. Aku syak, petang satgi baru dia ada kt office. Hopefully, dia tak bagi aku keja last minute. If dia bagi kat aku keja last minute, aish aku tak tau nak kata apa la. Kepala aku dah migraine dh ni. Tadi ok ja, lps aku pi nk makan tu, lalu tgh panas dengan habuk bagai, hmm.. maka migraine minor dtg slow2. Hmm.. nak balik sangat2 dah ni. Serious talk,,mmg nak balik sangat2. Tak boleh jadi juga  ni, start minggu depan, aku kena mohon cuti gak, kot mana pun. Kalau tak, aku memang tak akan dapat cuti aku la. Bila lagi aku nak off day kan? Department aku ni, dh la aku tak faham. Mulut aku pun berat nak sembang dengan staff.

No comments:

Post a Comment