Blue Sky

Blue Sky

Tuesday, 10 December 2013

LI yg paling membosankan



 Hi and Assalamuallaikum. Sihat semua? Hari ni 10 December 2013. Well, mesti hmpa akan tahu aku sedang buat practical skrang nie kan? itu pun kalau hmpa rajin baca blog aku la. Well, dh seminggu lebih aku buat practical kat sini, boleh la kata ok juga.
   First time mai sini, aku dh sesat.Well, hmpa msti tahu tmpat LI aku ni berbelit bangunannya. First2 dtg dh sesat. Mujur ada En.S tolong aku. Ha? sapa En.S tu. Biarlah rahsia. Dia merupakan salah seorang lecturer yg berada di sebelah bilik pegawai aku. Tiap2 hari En.S ini akn menegur aku utk tnya khabar. Pernah sekali tu, time pegawai aku x dak, dia dok si bilik pegawai aku nie, dok menyembang dengan aku. Haish~ x selesa aku dibuatnya. Ya la, kang kalau dpat tau kat staff lain, kena pula staff bergosip (tpi x dak la sampai cmtu.) x manis namanya tu.
   Hari pertama aku dok sini dh kena balik pukul 5.30 pm. Hari kedua balik pukul 7.00 pm sama dengan hari ketiga. Mesti hampa kata "tudia ah~ practical apa balik lewat?" ha, itu la kerja P/a sementara nie. Susah  beb! Kerja yg pegawai aku bagi semuanya berpatutan dengan apa yang aku belajar kat Poli.
    Hampa bayangkanlah, minggu pertama dh aku kena masuk meeting dan ambik trengkas walhal tak ambik pun, pakai tulis sebijik-sebijik. Aku student first kot yg masuk meeting. Sebut pasai meeting nie, mau getaq aku dibuatnya. Aku nie dh la first time. Cuba bayangkan, time nak pi meeting 30 minit lagi, Pegawai hampa telefon hampa suruh cetak agenda yang tak lengkap dan buat 10 copies at the same time. Giler! yang tak lengkap tu banyak kot! Aku banyak dok berdoa pada Allah ja time tu. Alhamdulillah, Allah tolong juga aku. Meeting tu berjaya dilaksanakan dengan penuh sederhana.
   Di sini kena pandai cakap Inggeris. Kalau tidak, macam mana nak jawap panggilan telefon,? kalau kena orang putih yg ckap telefon cmna? Fuhh~~ Alhamdulillah sekali lagi, aku boleh juga ckap Inggeris, well to be proud, I get A in last sem.So meaning that's I get A for second time. Pengsyarah2 sini pun banyak yg foreigner, bukan sahaja students kat sini. Well, namanya pun half swasta kan?
  Perkara paling lucu sekali ialah, bila aku nak jawap panggilan telefon, intro aku punya la panjang siap bagi dalam bahasa Melayu and said Assalamuallaikum lagi. Tengok2 orang Jepun yang speaking. Ha, sebut pasai orang Jepun, kat sini ada pengsyarah Jepun tau. Teringin aku nak speak Nihonggo dengan Doctor tu .
   Pegawai  aku kata, aku ni lemah lembut. Nak tergelak besaq giler dia cakap macam tu. Aku memang la, ada dua rupa. Depan orang yang baru nak kenal, pijak semut pun tak mati.Cuba dh kenal 2 tahun, confirm x berani nak telan air liur kalau tengok perangai sebenar aku.
  Agak bangga la bila pegawai aku introduce kat student2 dia yang aku nie P/a dia, walhal, aku nie pelajar practical ja.
  Perkara paling tak best ialah first, bila kerja banyak. Ha ni paling x best, sebab confirm dh balik lewat. Tak pun time aku dok buat kerja lain, tetiba Pegawai aku tu suruh stop dan buat kerja dia dulu. Yg tu aku tension, sbb nanti akan berhimpun timbunan kerja aku. Alhamdullilah today,aku goyang kaki saja. Sejak habisnya meeting, kerja aku beransur tak dak. Aku cuma dok kemas bilik, dan tengok FB. Yang kedua paling x best waktu sekarang la. Sbb time nie, Pegawai aku tu pi meeting. Dh tak dak kerja nak dibuat dh, dia pula tak tinggai kerja kat aku. Mula la aku bosan tak tau nak buat apa. Tengok FB dh, Twitter dh, and now writting Blog pula. Sakit kepala aku bila satu hari tak buat kerja.Nak tido takut kot2 tetiba dia datang buka pintu pula. kang kantoi nnti? Time2 elok2 nak tido curi,2 confirm ada lecturer la,student la mai ketuk pintu tanya "Miss Hafizah ada?" x ckup dengan tu yg berbahasa Inggeris "Where Miss Hafizah?" Haish~ ada2 saja. Tambah2 panggilan telefon yang entah apa2 tu (-_-). Dh la mood aku tak berapa nak stabil this week (you know what I mean just now? Japan flag)
Ok la,, boss aku pun tak balik lagi, ak nak blah sekarang la, lantak la, dia nak cakap apa, dh memang office hour balik kul 5.00 pm. Ada larat nak tunggu dia habis meeting! (-_-)

Tuesday, 12 November 2013

A true Holiday?

  Hi and Assalamuallaikum ( x jawab dosa). Like always, aku mmg akn ckp perkataan pertama ialah "wow, blog aku lamanya x buka, dh bersarang dh" hahaha.. mcm tu la (-_-)

  Masa itu cepat sungguh berlalu kan? aku sendiri pun x tau nak tulis apa.Nak kata mood marah, x pun, mood sedih lagi la tak, mood gembira gila2? lagi la tak... well maybe aku steady skrang nie kot. Tup2 dh  12 hari dh aku tinggaikan poli. Meninggalkan poli bermakna good bye poli see you again next year.. *woah dh mcm bye bye Dubai see you again pulak*

 Apa aktiviti aku slalu buat bila holiday? hahaha bangun lewat, dan tidur sayup. Tiap2 hari mendengar leteran mama, dan menghadap laptop. Tu ja..yang aku buat sekarang nie. Ya la, nak pi jalan2 semua orang sibuk kerja la, x cukup duit la.. * well soal x cukup tu bukan menjadi masalah, boleh saja nak travel mana2 tpi, tu la, mama risau kalau anak dara  dia nie jalan sorang2* Yang geramnya bila mama kata bulan Disember dia nk p luar negara, tu yg x puas hati tu! dh la 2 Disember nie aku start praktikal.

  Ok la, aku pun x dak nak cerita apa2 kat hmpa. Cuma sekadar renungan untuk diri aku sendiri *ceh~! renungan la sangat!* . Bagi aku, cuti ni sebenarnya kita boleh buat aktiviti yang menyihatkan diri kita. Tapi, tu la, aku nie? buat tu ada, tapi sikit. Antaranya, tolong abah kat kebun (tu pun sehari tu ja la), basuh pinggan mangkuk yg bertimbun. Tu ja yg boleh aku puji utk diri aku sendiri XD.

  Tpi kekadang tu,,, aku x hbiskan masa aku melepak depan lappy je. Awat? hmpa ingatkan aku nie, asyik buka FB update status J-pop ja ka? x la. Kekadang tu aku buka laman2 web yg berilmu tau. Aku buka tips kesihatan, google pasai sejarah musik.. oh ya! sebut pasai aku google mengenai musik, bukan saja2 tau aku buat cmtu. Sebenarnya aku ada akaun LJ *kalau hampa x tau LJ tu natang apa, hmpa tanyalah peminat J-pop* aku update fanfic aku. Well, I'm so proud la, sbb fanfic aku tu dalam bahasa inggeris, sekurang2 kurangnya aku cuba update grammar aku setiap hari dengan menulis fanfic.

Kalau nak cerita dulu, masa sek men dulu, kawan2 aku cukup perli rapat sebab inggeris aku teruk. Sampai sekarang la, boleh dikatakan juga. Tpi, aku x kisah pun kawan2 baik aku perli aku, sbb aku dh boleh bangga dengan inggeris aku la nie, Alhamdulillah la kalau nak bandingkan dengan yang dulu. At least, wall FB aku dh berbahasa inggeris, dan pass utk aku conversations in BI right?

So, masing2 ada pendapat masing2 nak luangkan masa time cuti2 nie. Bergantungla pada diri hmpa. Aku? well, x soh dok tnya apa yg aku buat, janji aku x ganggu hidup hmpa.Kalau rasa x puas dengan aku, face to face lagi senang! *x payah nak jadi mcm cerita aku sebelum nie*

Tu ja, aku nak tulis, sekadar nak update blog je -_____-


Recently suka kat dia,, hahaha its gonna be the first  Gif picture that I upload in here right? ;)


Tuesday, 8 October 2013

Face with reality.

  Hi dan Assalamuallaikum. Dh ber"sarang" lagi blog aku nie. Biasalah, aku kalau buka internet x hbis2 layan FB, LJ, last2 blog dan twitter hanya tinggai tempat untuk aku meluahkan perasaan sahaja. Well, ni kan blog Blue Sky aku? so, lantak lah aku nak tulis ke tak ke.. lagipun mmg aku mnjdi kan blog nie tempat aku berhempaskan perasaan pun.
   Lately, aku currently busy dengan exam aku yang around the corner ni. Dalam 2 bulan aku nie, anything happen to me. Ada yang sedih, marah, x puas hati, sunyi dan etc lagi lah. Aku x perlu lah nak cerita secara detail di sini kan?. Apa yang aku nak tulis kali ini ialah, we must face with reality that we belong to it.
  Yup! Hidup ini perlukan cabaran, tanpanya we're NOTHING!. Kalau hmpa takut nak berdepan dengan masalah atau apa2 sja, lebih baik hmpa campakkan diri hmpa tu dalam  bayang2 saja. Macam tu la aku cuba belajar sekarang ini, utk  bina mnjadi orang yg lebih berfikiran optimistik. Nak kata aku steady ja among this 2 months ni x la..
  Aku pun ada masalah juga. Biasalah tu, adat dunia. Belajar untuk terima hakikat. Right now, bila aku berdepan dengan "si pasangan bahagia lah sangat" tu, aku dh "merli" dh dengan lepa. Tapi, aku tengok, lepa tu " laen macam " ja? nmpak aku, cm nmpak "harimau lintas" tau dak? hahaha, aku x marah lepa ah~ lantak lah hmpa punya kehidupan, ada aku kisah?
  Dh2 .. bagi aku kisah lepa tu dh TAMAT dh dalam kamus hidup aku. La nie, target aku ialah aku nak LULUS semua mata pelajaran yg aku ambil sem ni, dan aku nak jadi seseorang yg tabah menghadapi semua perkara, Insya-Allah, Amin... *Doa2 kan aku menjadi orang cmtu* ;)
  Balqis, cousin aku tu, dh pegang passpord merah dh,, bila lah aku nak pegang passpost merah tu, dan flight ke luar negara demi menjadi sang pencari ilmu? Hopefully lah,, *tu pun kalau time tu aku dh jdi anak jutawan kan?* ;) Mana la nak pi tau, kot2 la, abah aku jdi jutawan kat Perlis nie.. boleh la aku belajaq luaq negara.. x gitu ;) *hanya mampu berangan ja la*
  ok, lah aku sudah kat sini dulu, nnti kalau aku boring, aku bukak lagi blog Blue Sky nie. Pesanan untuk kali ini ialah ; Be the one who are face with reality, you will find yourself becoming the legend.

Sunday, 18 August 2013

Hari Ramadhan yang penuh sepi

  Hi semua! Assalamuallaikum. Ketika aku tulis ni, mmg tahu la sekarang nie bulan apa,bulan posa. Well, saat aku tulis nie, aku sendirian dalam bilik ni.K.Ina ( roomate aku) tak balik, sbb kelas dia tak dak esok, dia  balik lusa,,( untungla K.Ina~~~~ tinggai Ashi sorang2 dlm bilik nie,nasib ada Kenty*teddy bear*) bukak posa tadi pun makan dengan Kenty saja sobs..sobs... terasa kesunyian.
  Well aku bukan nak cerita tu pun sebenarnya. Aku nak cerita hal minggu lepas,hari sebelum posa. Aku pi bilik Yana (kawan baik aku), aku dengar la lagu Bahagiamu,deritaku dari youtube (alang Yana on lappy dia, aku umpang la sekaki). Dalam dok layan video Hafiz tu, Yana kata ka aku, apa kesudahan video tu, aku kata aku tak tau. Dia tengok sekali dengan aku video tu. Terus dia kata," Hang nie Ashi patut la hang @#$%&* ( aku tak tau dia kata apa kat aku, tapi bnyi cam kesat la) sebab tu hang tak leh baca situasi orang yang bercinta, dan sebab tu la Anna gunakan hang!" .
  Bila Yana cakap cam tu, automatically, hati aku terguris gila. Dia berleter and bla..bla..bla.. tapi, leteran dia cukup membuatkan air mata aku nak menitis. Aku cover "cool" la depan dia. Kalau la Yana tau, kwan baik dia nie, tgh terasa, agak2nya dia nak terus berleter dak? Aku trus balik bilik aku dengan hormatnya aku undur diri dri bilik Yana.Masuk ja bilik, nangis tak berlagu.
  Aku tau la siapa diri aku. Klau boleh aku gitau kawan baik aku time tu, aku nak cakap sangat."Aku buat semua nie, sebab aku ikhlas nak jadi kawan Anna.Ikhlas aku tu, Allah saja boleh baca. Kalau Anna gunakan aku sekalipun, perkara tu, semua dah lepas, dah terjadi dah pun,apa boleh buat? Kalau aku tau dari awal Idhan tu couple dengan Anna, dh lama dah aku tak "kacau" Idhan, or maybe aku tak akan dekatkan diri aku dengan lepa.Soalnya la nie, aku tak taukan?.Lantaklah apa yang terjadi yang lepas tu, lepas lah. Betapa bodohnya aku dipergunakan lepa, aku dh tak kisah sebab Tuhan dah bagi jawapan buat aku.Ya, aku tau, Anna akan cari aku bila time dia susah saja, bila dia senang pandang aku pun tak, asyik pandang Idhan saja.Bukan aku tak terasa bila aku,Nazia,Zie lalu depan lepa, pasangan bahagia tu sembang belakang kami saja,langsung tak tegur aku. Before this, lepa akan tegur aku, la nie dak dah.Aku pun manusia biasa yang terasa juga.Tuhan tau semua tu.Aku redha, aku pasrah.Yana, kalau hang nak tau betapa tak kisahnya aku tentang semua tu, sebabnya aku ikhlas mencintai insan itu. Kerananya, aku solat istikharah, menanyakan kepada Allah, adakah dia untuk aku, dan sekarang jawapannya sudah diberi. Aku dh tak peduli. Apa yang patut aku buat sekarang adalah menjadi sebenar2 nya aku. Aku cukup bersyukur ke hadrat Illahi, sbb dikurniakan sahabat macam hang yang sentiasa sokongkan aku."
  Kalau la ini semua dikhabarkan kepada pembaca yang tengah membaca, aku nak gitau pembaca sekalian, hidup ini bak kata kata abah aku, kena sentiasa positif. Jangan mudah fikirkan yang negatif.Jadi, buat pembaca sekalian, inilah pesanan aku, Ingat! Allah sentiasa ada bersama kita tak kira kita senang mahupun susah. Jangan bersedih dan takut, Allah sentiasa bersama dengan orang yang bersabar. " La Tahaf,La Tahzan"

My 19teen BIRTHDAY!

Hi, Have a nice day today? Hari nie genap sudah umur aku 19 tahun. Ingatkan, tahun nie akan jadi macam tahun lepas, * birthday yg paling sunyi* tpi, x la.. banyak yang wish kat aku kali nie.. Betul2 speechless. Tpi, orang cakap xbest la time birthday sakit kan?.. Aku tak rsa pun.. Aku bersyukur sangat. Alhamdullilah, walaupun aku batuk dan selesema plus aku x balik kampus pun hari nie, aku tetap bernafas dengan Izin Allah kan?
   First, sekali aku terima ucapan birthday dari cousin aku la Ain Husna, and then di ikuti  family members aku (termasuk lah kakak aku yg kedua yg sama birthday ngan aku tu). Betapa happy,ya, sbb time birthday cmni, aku dok di rumah dgn dia (kakak aku tu) dan sambut  birthday skali. Kali nie kek dibeli oleh kakak sulung kami. Thank you, Kak Long love you!.
   Dalam dok gembira nie, semalam aku terima mesej dari kawan sekolah menengah aku yang lama.  Katanya, dia minta bantuan sangat2 nak pinjam duit kat aku sekitar RM250. Dia cakap, ayah dia berhutang dengan along sebanyak RM10,000, kalau dia x langsai hutang tu, dia kena kerja dengan along tu. Aku sedih la, nak tolong pun x boleh sebab time tu aku dh lewat petang dh pun, nak "cucuk duit" pun aku, pun ada duit PTPTN saja. Aku memohon maaf bebanyak kat dia, dan dia pun faham condition aku. Aku doakan semoga hari nie, dia x diapa2 la dgn along tu, sbb menurut dia, hari nie pembayaran adalah last.
   Bagi aku, aku cukup bersyukur dengan apa yang ada sekarang nie. Walaupun nasib keluarga aku dulu pun susah, abah aku tak la sampai sanggup pinjam along duit dan abah kami x meletakkan kesusahan kepada kami. Alhamdullillah.. tpi, buat sahabat aku tu, aku doakan, kau dilindungi Allah.AMIN.
  Untuk birthday kali nie, aku tidak mengharapkan apa2 pun, aku sangat2 berasa bersyukur dan beruntung kerana aku lahir di dunia ini. Terima Kasih Ya ALLAH kerana bagi aku peluang untuk bernafas di muka bumi MU ini :)

Wednesday, 19 June 2013

Before I go to the Poli

Hi, Ogenki desuka minna-san? So long we not meet. Along my sem break, I didn't do anything.Musim berganti musim.. (cewah, macam la, Malaysia nie, ada 4 seasons)... tut..tut... dh nak balik poli dah,seriously,aku rasa,cm apa pun tak bersedia lagi, baju dh lipat, hati aku masih dok kat rumah lagi..haduh,,Aku dapat tau Nuzul pulak tak duduk dah poli, dia  pindah pi Perak pulak, dia dapat belajar sbb  tawaran SPA.; lagi la mental breakdown.. haduh.. Yana pun dengar kata dpt interview polis, kalau dia dpat,dia juga akan turut meninggal kan aku.. Haduh,, tak leh bayangkan la, kalau kedua-duanya pergi meninggalkan aku.Tapi, aku harus akur, Takdir TUHAN  tentang itu. Bak seperti semua orang selalu ckap," Setiap pertemuan, pasti akan ada perpisahan". Aku sekarang nie,, mmg sedang memikirkan tentang itu.. kalau kedua-duanya pergi... seandainya satu hari nnti rezeki Abah melimpah (AMIN).. dan pada masa yang sama, kedua-duanya hilang tanpa ganti, (of course la, diorangkan irreplaceable),, maybe aku akn ckap kat abah," Abah, lepas habis diploma, Dik Ah nak bawa diri pergi belajar kat luar negara" Ya.. itu target aku. Bawa diri. Tiada siapa lagi yang sudi mendengar isi hati aku. Pulang di rumah tidak bersambut. Pergi belajar tanpa ada teman2 yang seringkali memberi sokongan. Ada pun, yang membuat hati terseksa. Lebih baik, aku pergi dari sini. Mungkin, ini yang terbaik daripada terus di sini. Aku yakin dengan Kuasa Illahi, DIA tidak pernah meninggalkan aku sendirian di bumi. DIA satu-satunya yang mendengar isi hati aku ini,Maka dengan itu, aku pinta Ya Allah, bawa lah aku ke suatu tempat yang mana aku boleh melihat betapa luasnya bumi yang ENGKAU cipta ini, sepertimana ENGKAU nyatakan di dalam ayat Al-Quran., tinggalkan aku di dunia itu, agar aku dapat mencari ketenangan MU. YA ALLAH, ENGKAU boleh ambil apa2 saja yang ada pada diriku, sahabat, keluarga malah harta. Tapi, YA ALLAH, aku mohon, janganlah ENGKAU menarik kembali nikmat aku sebagai MUSLIM. Jangan pesongkan iman aku. YA ALLAH, sesungguhnya, ENGKAU lebih mengerti isi hati aku yang terbuku, lebih dari tulisan ini. Aku tidak mampu mencorakkan perasaan yang tersembunyi melalui tulisan ini, kerana ia cukup pedih untuk aku ungkapkan,Maka YA ALLAH, berikan lah aku kekuatan untuk menghadapinya dan ketenangan untuk aku meneruskannya. AMIN.

Sunday, 19 May 2013

Mulai hari ini, cukup sudah aku mencari CINTANYA KAUM ADAM.

    Hi semua, Assalamuallaikum. Apa khabar? Aku?? Baik saja, even bosan dok rumah asyik dengar mama berleter saja. Tapi, cuti sem kali ni aku tak nak dihabiskan begitu saja tanpa bercuti ke mana-mana ( walaupun banyak masa aku dihabiskan dengan main website dan tolong abah basuh pelam).
Tengok saja tajuk yang aku nak kongsi dengan  hampa semua mesti "gerun" saja kan?. Ya, itulah hakikat yang aku nak sangat jauhkan.Kalau boleh aku x nak masuk sem 3 sebab rentetan kisah aku untuk kali ini ada kaitan dengan edisi Complicated L.O.V.E.
    Sepertimana hampa semua tau dalam tu aku ada cerita sikit yang aku "crush dengan sorang mamat" ni. Tapi, takdir tu lebih adil dari kita jangka. Semua yang aku cerita dalam edisi itu adalah anggapan aku semata-mata. This is only MISUNDERSTANDING.Cerita sebenar ialah, aku sendiri pi tanya kat perempuan yang berkawan dengan aku tu.Dia jawap, dia dah couple dengan orang yang aku minat tu. Jadi, untuk menutup segala perbuatan aku yang menampakkan aku ni  berkenan kat mamat tu, aku palsukan keadaan.
   Aku kata kat perempuan tu  yang aku nie dah couple  dengan seseorang. Mula tu aku terkilan gila2 bak hang. Sapa tak terkilan, kawan sendiri couple dengan orang yang kita crush.Aku mulanya dah syak yang lepa tu couple. And ending of this story, aku  nangis jugak untuk seorang lelaki buat kali kedua. Baka! deret aku nangis kat lelaki yang bukan milik aku untuk 2 kali berturut-turut.Aku nangis bukan sebab aku nie bodoh sangat. Aku nangis sebab aku rasa dipermainkan.Ya la, kedua-dua lelaki yang aku nangis nie bukan tak tau aku "crush" dengan lepa.Tapi, tu la perangai lelaki! suka sangat menguji perempuan, menggunakan kelemahan yang ada pada aku untuk mengambil kesempatan!
  Aku la nie, rasa cam  " tak selesa, dan menyesal" gila2! sebab aku dah isi bilik untuk duduk bersama dengan perempuan yang couple dengan " ex-crush" aku. Tak tau la, cam mana nak control perasaan aku nnti. Tapi, senior, kawan baik dan cousin aku sendiri , banyak support aku. Lepa suruh aku lupakan saja mamat tu. Cakap memang senang. Tapi, agak "memakan masa" la juga nak lupakan mamat tu. Aku dah gunakan cuti sem ni dengan sebaik yang mungkin untuk aku "fresh"kan perasaan aku.
  MUST THINK POSITIVELY! Maybe la, Allah tak nak aku 'crush' dengan manusia yang bukan milik aku. Normal untuk seorang kaum Hawa itu jatuh cinta, sebab perasaan cinta itu juga anugerah dari Illahi juga.Tapi, kita kena cari apa itu Cinta sejati. Jadi, untuk itu, aku doakan sangat2 " Ya Allah, cukuplah perasaan ini terhadapnya.Andai dia bukan untuk aku, Engkau lupakan segala memori dan perasaan aku terhadapnya" Mulai hari ini, aku nak kejar cita-cita aku dulu.Karier itu lebih penting dari mencari cinta yang belum diketahui. Mulai hari ini, cukup sudah aku mencari CINTANYA KAUM ADAM!

Sunday, 28 April 2013

Sem Break!! (2)

    Hi everyone! Ogenki desuka! Fuhh~~ lega rasanya sekali lagi aku sem break! Cepat sungguh masa berlalu. Usia mematangkan fkiran. Banyak dugaan yang berlaku sepanjang sem 2 nie. Ada yang aku gaduh dengan kawan otai aku la, buat bagi lepa nangis la * jahat dak aku nie? x pun, cuma salah faham sikit ja, kawan yang x gaduh tu bkn namanya kawan tu *
   Sedih pun ada bila terlalu singkat sangat perjalanan sem 2 nie.Rasa debar pun ada bila tengok status lecturer mark exam paper. Fuhh~~ kertas aku camna la nnti . Harap LULUS. Amin~~~ Balik ja rumah, decoration bilik aku dh berubah. Ini membuatkan aku bengang.Semuanya, angkara nak jadikan sangat bilik aku tu stor. Aku nangis ja la yang mampu. Tak kira ! aku nak buat apa yang aku suka jugak, buikan salah dalam agama pun ubah kedudukan almari ikut yang kita suka. Aku bukan niat nak melawan. Lama2 aku rasa, mama dh didik aku ikut autokritik. Jadi, aku nak jugak ikut cara aku. Esok aku nak ubah bilik aku, lantaklah apa nak kata pun. Lagi pun,. mama pernah cakap " bilik masing-masing, hal masing-masing, lantak lah hmpa nak semakkan bilik hamapa ka, nak buat apa ka" jadi aku nak buat apa yang aku rasa nak buat, tak mo ikut mama ja, aku dah umoq 18 tahun ke atas dah, bukan kecik lagi!
   Dah nampak macam aku nie luahkan perasaan ja, tak pa nanti aku lanjutkan. La nie, semua busy nak mengundi. Rata-rata asyik cerita pasai mengundi ja. Pi Kedai kopi pun , orang2 tua dok sembang pasai calon.Kak aku pun padanlah, Puteri Pas. Sbelum aku tidor pun, dia boleh dok cerita aktiviti pancing undi dia tu, tak kita buka mata lagi, sampai aku nak makan pun haish~~ dh rsa nak termuntah dengar perkataan pilihanraya. Tu belum tanya kekawan yang lain, semua ckap " kami nak jalan2 lepas habis orang mengundi" nampak gayanya, mati kutu jugak la aku kat rumah dengan Mimi-chan yang obes tu -_-'
  Esok aku nak jalan2 dengan abah. Nak habiskan boucer buku tu. Aku nak beli alat2 komputer ja.Ada 2  ratus lagi, boleh habiskan awai.. Lepas tu, canggak ja kat rumah, tengok abang ipar aku dengan kak long aku tu. Dh la kena layan secara hipokrit.Semuanya tak ikhlas. Aku kesian tengok k.Long yang sarat mengandung tu, tapi, yang aku geram tu, mama yang melebih-lebih, sampaikan aku nak jalan2 pi mna2 pun x leh, bukannya k.Long tu "lekat" kat rumah sepanjang masa. Satgi aku lari dari rumah baru tau! x bagi aku pi mna2 sangat! mujur ada orang yg sudi main mesej dengan aku.Haish~~ kalau ada boyfriend, confirm aku tak sunyi. Harap kekawan mesej aku? makan saman la, aku yang terhegeh-hegeh mesej lepa ada la.


Friday, 12 April 2013

STUDY WEEK

    Hi Minna-san! Ogenki Desuka? Watashi wa? <---- Alhamdulillah la selagi boleh nafas, dan harapan masih ada. Kalau tengok tajuk yang aku nak cerita ni, confirm orang kata tak best punya,kalau nak dibandingkan dengan cerita2 sebelum ni. Aku sekarang tengah berasa tenang dan tak buat apa2 pun, jadi aku nak luahkn apa yang aku rasa.
    Setiap hari cuaca hujan saja. Alhamdulillah la, hujan Rahmat. Semalam aku study sampi lewat pagi. Pergh~~!! tak pernah dibuat oleh aku di sini. Tapi, Alhamdulillah la, membantu aku untuk jawap Quiz hari ni. :)
   Sebenarnya, final exam around the corner ja.Tapi, aku relax ja,, -_- Bila lecturer sebut "FINAL" mula la, kata " aku tak baca yang tu la, yang nie la". Tadi Nazia tanya Madam mengenai Shorhand ( * course yang aku ambik kat Poli nie*). Madam kata, sem lepas , ada satu kelas yang repeat subject nie. Pergh~~!! ni lagi mengerunkan. Budak2 kelas aku ni, ada yang score dalam shorthand ni. Aku? huh, dapat Practical test sebelum2 nie pun, 17% peratus la, 7% la. Macam mna nak score PB gini?
   Aku try la, make a effort sikit. Tu pun baru semalam. Tadi mimpi macam2, bila bangkit, rasa mcam,
" Haish~~ bila la nak habis kuliah dan exam ni, tak sabar nak cuti".
  Dh la setakat tu ja aku nak beleter ja,, nak dinner dengan roomates.

Friday, 29 March 2013

Sepi

Hi semua,ogenki desuka? Hari ni 29 March 2013, tinggal berapa saat lagi aku nak balik kampung ( dok tulis blog dalam kampus) hati aku berdebar-debar tak sabar nak balik rumah. Well, aku lalui hari-hari yang makin mencabar,al-maklumlah, nak final exam, macam2 nak kena submit la, kena hadir seminar la, tapi, yang bestnya minggu nie, ialah lecturers banyak pi kursus.
    Baru2 ni, kenapa aku rasa berat sangat dosa yang aku buat.Aku rasa Illahi sudah mula mahu "memanggil" aku untuk segera bertaubat. Tapi, hari ni, aku nak kongsi sedikit kekuatan malah kesyukuran yang patut kita sama-sama renungkan.
    Kadang aku terfikir, "sunyikah aku?" . Aku selalu merasakan sepi dalam jiwa. Tambah2 lagi, bila aku ada buat salah dengan orang lain, malah terhadap diri aku sendiri, aku mudah "feeling down". Kata juru kaunselor aku, aku ni seorang yang jujur, tapi mempunyai masalah yang sentiasa menekan  diri aku. Well, x nafikan semua orang ada masalahkan? tapi, kekadang tu, bila difikirkan secara positive, masalah yang kecik tu pun, aku terlalu memikirkan,sehingga ia mendatangkan beban buat aku. Mula la, aku nak cari seseorang untuk mendengar masalah aku. Nak harapkan kawan, semua busy, harapkan classmate, macam tak ambik peduli, last2 aku "pekak & butakan" sahaja masalah aku tu. Itu yang membuatkan aku fikir, "sepikah aku?" smpi tak dak sesiapa nak dengar masalah aku.
    Tapi bila difikirkan balik, aku patut bersyukur kerana aku dicipta oleh Allah, yang tidak pernah kedekut untuk aku bagi aku teruskan hidup dan beribadat kepadaNYA.Kita tidak akan pernah sepi selamanya, cuma kita yang merasakan kesepian itu sendiri. Kadang2 kita perlukan kesepian, baru kita akan jumpa kekuatan.Terus terang aku ckap, aku pernah cuba mengasingkan diri aku dari orang lain untuk aku kenal siapa Pencipta aku.Cuba korang buat tengok.Pilih masa yang sesuai,pergi ke tempat yang selamat, tapi jauh dari manusia.Renungkan setiap tumbuhan,haiwan @ makhluk hidup yang lain di sekeliling korang. Rasakan, itulah kali terakhir korang menatap bumi Allah. Dari situ, aku pasti korang akan jumpa sesuatu yang indah, yang belum korang lihat dan korang akan berasa sangat bersyukur di atas nikmat kurniaanNYA.
   Sepi itu bagi aku merupakan melody keinsafan dan kekuatan bagi aku. Aku tidak akan hirau lagi tentang masalah yang kekadang remeh dan tak perlu aku fikir pun sebenarnya.Ambillah perkongsian aku ini, sekadar sebagai peringatan daripada saudara Muslim kepada saudara Muslim.Aku sudahkan blog ini dengan kata2 yang aku ditakdirkan terjumpanya di Facebook, bersama-samalah kita renungkan.

-->
Kadangkala kita perlu menyepi, untuk
mencari kembali KEKUATAN DIRI
yang telah hilang....adakala kita perlu
menyepi untuk mencari KETENANGAN HATI,...
adakalanya kita perlu menyepi,untuk KEBAIKAN DIRI SENDIRI..
dan kadangkala SEPI ITU INDAH :)


Sunday, 17 March 2013

GADUH

HI! A ku gaduh dengan kawna aku pada 14 March 2013.

Friday, 22 February 2013

Unstable Mood

     Hi semua, Assalamuallaikum.Ogenki desuka? Kyou wa, aku nak kongsi mengenai  mood hari ni.As all you know, we all have many kinds of moods.Dalam Personality Development yang aku belajar tu pun, ada terangkan mengenai mood.Sebenarnya aku nak gitau la, hari ni mood aku tak stable.Sekejap ok,sekejap tak.Nak kata "uzur" tak pun, maybe, aku terlalu letih kot.Semalam, aku mengaku, dah la tidur lewat tak tentu pasal,pastu, terjaga tengah malam. Kalau aku jaga tengah malam, confirm aku tak akan cukup tidur punya.
    Semalam bukan main lagi *doki *doki segala. Ni padahnya kalau menatap mata orang yang kita suka.Tak leh tidoq! >< argh. tambah pula "si dia" mengusik sakan dengan aku.Biaq aku kongsi.Kelmarin, tanpa disengaja aku ada terbaca ujibakat di bawah production "si dia".Before this aku memang ada masuk ujibakat short film.Tut2 production "si dia" pun ada buat ujibakat.Mulanya, aku pinjam cell phone friend aku ni, kononnya menghantar mesej kepada kawannya,berminat nak sertai.Tetiba, habis kelas, aku dapat mesej dari kawannya itu suruh datang ke Jabatannya.Terkejut juga aku, sebab yang hantar mesej ni, pen pengarah teater, kang ada benda yang disuruhnya tak buat lagi, dia nak jumpa aku.Habis!Jadi aku terus ke jabatannya.Setibanya aku di jabatannya, tetiba aku terlihat "si dia " memengail ku,"OMG! Haruskah aku berpatah balik? tak, soalnya dia dah berlari semangat memangil aku dengan kawannya,"Ha,Basirah, mari datang audition."Le ni ke, yang si kwannya sibuk sangat mesej aku ni, mmg aku nak dtg audition pun.Masa pendaftaran tu, mcam2 dia cakap.Siap dia bergurau sensitif lagi.Haish! dah la aku ni, lemah adik oi!Tapi, tak pa, at least aku dapat "jamu mata" dengan "si dia". Ini la, kali pertama aku mengorat pengarah produksi sebelum audition, tak pernah aku buat!
   Tapi, tengah mood2 baik ni, tetiba kawan aku pula wat hal. Dia nak ubah plan projek kami la. Aku mula bengang! Nak ubah projek boleh,tapi, yang teruk aku selaku ketua kumpulan.Aku memang marah giler la! Boleh nak ubah, tapi dia suruh aku gi tanya lecturer pulak dah.!Why nak suruh aku pulak! Dah nak sangat ikut cadangan bernas dia kan? gi la tanya lecturer.Nak suruh tanya lec, takut, tau pulak suruh aku.Ni buatkan aku bengang ni. Best friend aku pun dia nak rampas!Roomate aku sekarang ni, bukan anggap aku ni ahli bilik dia dah, ingatkan budak yang nak ubah projek tu lagi ada la. Aku tak jeleous. Tapi, apa yang aku nak katakan, buadak tu nampak sangat "gediks" nya.Cakap tak pernah beradap! Serious, terus terang aku ckap, geng aku banyak berubah bila dia join group kitaorang.Salah seorang geng kami pun ada yang tak suka dia.Katanya, dia potong cakap orang.
   Tu la perasaan aku yang tak stabil. Ni semua gara2 tidur tak cukup dan busy memikirkan projek.

   

Saturday, 26 January 2013

Complicated L.O.V.E

Hi semua, Assalamuallaikum. Lama dah aku tak menulis di blog ni. Dah
"bersarang" dah blog aku akibat tinggal terlalu lama.Mungkin, aku x berapa suka sangat nak karang tulisan banyak2 nie. Btw, hari ini aku nak cerita kat korang semua mengenai sesuatu di hati aku. Well, tengok tajuk dah, confirm korang fikirkan aku ni, akan cerita bab cinta.Yes, memang aku nak cerita kat korang tentang perasaan C.I.N.T.A.
   Kalau dulu, aku boleh la cakap aku nak kenal kaum Adam la, teringin nak bercinta la. Tapi, sekarang, bila dah rasa apa itu perasaan cinta, cukup serik aku nak menghadapinya. Sebenarnya, aku belum lagi couple, cuma perasaan itu wujud.
  Ada la sorang mamat ni, dia ni ahli kelab sama dengan aku di poli. Nak kata dia handsome, ada keturunan arab sikit. Nak kata dia ni pandai atau bergaya, nampak selekeh saja penampilannya. Tapi, bila ditanya kepada semua ahli kelab aku, semua akan cakap dia paling ada rupa. Well, sebelum ni, timbul satu kes yang aku ni "gaduh" dengan mamat nie. Usikan senior2 serta kekawan katanya," Jangan gaduh, nnti ada jodoh"  betul2 menyumpah diri aku. Tak usah aku cerita kat korang soal kenapa aku gaduh dengan dia.
  Tapi, setelah aku siasat sendiri,dan memberanikan diri tanya dia, sama ada perkara yang kami gaduh kan tu betul @ tidak, dia dengan yakinnya menjawab semua itu hanyalah salah faham sahaja.Dari situ, aku mula timbul rasa bersalah yang teramat sangat sebab menuduh dia macam2. Jadi, started from that, kitaorang rapat. Mula aku tahu rahsia si dia. Kami berkongsi-kongsi rahsia. Tut-tut ada perasaan ganjil yang lahir di jiwa aku mengatakan aku jatuh cinta dengan dia.
  Berita baiknya, si dia juga menaruh harapan cintanya kepada ku. Tapi, aku tahu pun dari kawan2 ja.Sebab kalau nak ikutkan mamat ni, memang sengal sikit bab nak luahkan perasaan, tapi, tak mengapa aku akan tetap menunggu dia.
  Dalam sedang menunggu dia, aku terbaca blog kawan baiknya, dalam erti kata lain, kawan baik dia ni adalah perempuan. Berdasarkan blog dan juga muka buku, kawan baik ni a.k.a perempuan cantik ni dah jatuh cinta dengan si dia. Hati aku agak sedih juga la, ye la, cuba bayangkan kita suka pada si dia, dan lastly kita dapat tahu kawan baik dia yang lebih memahami dia jatuh cinta dengan dia. So, aku mengambil keputusan untuk mendiamkan diri sahaja demi menjaga hati teman baik si dia.
 Dalam proses aku berdiam diri ni, si dia asyik2 mengorat aku saja. Bagi aku, perasaan itu memang kuat menyatakan aku jatuh cinta dengannya, namun apakan daya, aku ada perasaan sebagai manusia yang bergelar wanita. Aku bukan kejam nak ambik si dia terus, aku takut ada yang tidak senang hati mellihat aku bahagia.
  Tut-tut si dia beritahu kepada aku, teman baik nya (yang lelaki , juga merupakan ahli kelab yang sama merangkap boss aku) telah jatuh cinta dengan gadis yang meminati si dia tadi. Ok, this is very complicated,I know everything about their secret, and now aku tersepit.
Aku suka si dia, si dia suka pada aku, tapi, pada masa yang sama gadis cantik yang merupakan kawan sekelas si dia juga menaruh harapan yang sama, dan pada masa yang sama juga teman baik si dia suka pada gadis sekelasnya juga. Sekarang nie, yang paling merisaukan aku ialah, gadis tersebut juga seringkali berhubung dengan aku kerana dia merupakan pen.pengarah kelab. a.k.a dah jadi kawan aku dah pun. Manakala, teman baik si dia (yg lelaki itu) merupakan "boss" aku. Jadi,aku rapat dengan semua. Lastly, aku serik, biarkan sahaja si dia mengaku yang dia sudah jatuh cinta dengan aku, walaupun aku tahu si dia memang lembap bab2 confess nie. Kang, kalau aku gitau aku suka dia, ada yang merana pulak.Kalau aku gitau aku x suka si dia, takut, teman baik si dia(lelaki) susah pulak ,sebab gadis itu kan ambik kesempatan. So, my lovely man sekarang ni ialah Nakajima Kento, tak susah pun nak fikirkan semua nie, buang masa saja layan tali perhubungan yang tak pernah2 habis. Silap haribulan, perdana menteri pun x boleh bincang kes ni dalam mahkamah sebab terlalu complicated.Itu sahaja luahan aku untuk kali ini. Lebih baik aku berangan bercouple dengan Nakajima Kento.

Thursday, 10 January 2013

Kepada Kamu wahai C.I.N.T.A



Sungguh! Aku tidak mengerti mengapa engkau hadir di dalam tidurku.
Aku tidak tahu,mengapa seringkali aku terbayangkan wajahmu.
Jika benar, engkau ditakdirkan untukku,
Mengapa  tiada perkhabaran cinta darimu.
Mahu saja aku memekik agar kamu pergi dari mimpiku,
Namun hati ini tidak membenarkan cinta yang ada menghalau bayanganmu.
Jika benar engkau ditakdirkan untukku.
Mengapa diriku masih tertunggu-tunggu.
Mahu saja aku memberitahu kepadamu,
Bahawa di sini, masih ada yang sudi menanti dirimu
Menagih cinta yang belum pernah kau tahu.
Kepada kamu Wahai Cinta,
Aku di sini terus menanti Cinta darimu,
Meski enkau tidak tahu perasaanku,
Terhadapmu.