Baru2 ni, kenapa aku rasa berat sangat dosa yang aku buat.Aku rasa Illahi sudah mula mahu "memanggil" aku untuk segera bertaubat. Tapi, hari ni, aku nak kongsi sedikit kekuatan malah kesyukuran yang patut kita sama-sama renungkan.
Kadang aku terfikir, "sunyikah aku?" . Aku selalu merasakan sepi dalam jiwa. Tambah2 lagi, bila aku ada buat salah dengan orang lain, malah terhadap diri aku sendiri, aku mudah "feeling down". Kata juru kaunselor aku, aku ni seorang yang jujur, tapi mempunyai masalah yang sentiasa menekan diri aku. Well, x nafikan semua orang ada masalahkan? tapi, kekadang tu, bila difikirkan secara positive, masalah yang kecik tu pun, aku terlalu memikirkan,sehingga ia mendatangkan beban buat aku. Mula la, aku nak cari seseorang untuk mendengar masalah aku. Nak harapkan kawan, semua busy, harapkan classmate, macam tak ambik peduli, last2 aku "pekak & butakan" sahaja masalah aku tu. Itu yang membuatkan aku fikir, "sepikah aku?" smpi tak dak sesiapa nak dengar masalah aku.
Tapi bila difikirkan balik, aku patut bersyukur kerana aku dicipta oleh Allah, yang tidak pernah kedekut untuk aku bagi aku teruskan hidup dan beribadat kepadaNYA.Kita tidak akan pernah sepi selamanya, cuma kita yang merasakan kesepian itu sendiri. Kadang2 kita perlukan kesepian, baru kita akan jumpa kekuatan.Terus terang aku ckap, aku pernah cuba mengasingkan diri aku dari orang lain untuk aku kenal siapa Pencipta aku.Cuba korang buat tengok.Pilih masa yang sesuai,pergi ke tempat yang selamat, tapi jauh dari manusia.Renungkan setiap tumbuhan,haiwan @ makhluk hidup yang lain di sekeliling korang. Rasakan, itulah kali terakhir korang menatap bumi Allah. Dari situ, aku pasti korang akan jumpa sesuatu yang indah, yang belum korang lihat dan korang akan berasa sangat bersyukur di atas nikmat kurniaanNYA.
Sepi itu bagi aku merupakan melody keinsafan dan kekuatan bagi aku. Aku tidak akan hirau lagi tentang masalah yang kekadang remeh dan tak perlu aku fikir pun sebenarnya.Ambillah perkongsian aku ini, sekadar sebagai peringatan daripada saudara Muslim kepada saudara Muslim.Aku sudahkan blog ini dengan kata2 yang aku ditakdirkan terjumpanya di Facebook, bersama-samalah kita renungkan.
Kadangkala
kita perlu menyepi, untuk
mencari
kembali KEKUATAN DIRI
yang
telah hilang....adakala kita perlu
menyepi
untuk mencari KETENANGAN HATI,...
adakalanya
kita perlu menyepi,untuk KEBAIKAN DIRI SENDIRI..
dan kadangkala SEPI ITU INDAH :)
No comments:
Post a Comment