Blue Sky

Blue Sky

Sunday, 19 March 2017

SEM 2

Hi and Assalamua'allaikum.

Aku tulis kali ni well sebab banyak sangat chaos dlm hidup aku nie. Ingat tak azam awal tahun aku? nk jadi ahli tetap library la, nk aktif la. Well, masuk sem 2 nie, I don't think so that what I wish for this year akan terjadi. Dah sebulan lebih dan nak habis bulan kedua di sem 2 nie, tak masuk2 lagi library. Kebanyakkannya members dlm group subjects tak nak pergi library dan suka mengelak dari berjumpa face to face. Same goes to lecturer. Mostly class dah terbatal dan buat class secara online learning ja. Aku ada banyak benda nak luahkan sebenarnya. But, aku demam ni. Ni baru demam untuk tahun nie. Aku rasa macam banyak benda nak buat sekarang nie.Cadang nak ulang kaji la, nak basuh baju la. Last2, bila demam menerpa, habis benda aku tangguh. Mujur la minggu nie hanya ada 6 kelas ja.

First, aku nak komen sikit mengenai ahli subjects aku nie. Ada la beberapa orang yang aku tak puas hati setiap kali aku jumpa depa. Ada yang tak nak ambil tahu  langsung conversation dalam WhatsApps dan terjadi la, tak buat keja dan terpinga-pinga. Ada pula yang nampak ok ja dalam WhatsApps tapi face-to-face tak pun,words make a knife in my heart ada lgi la. Tapi aku tak nak sentuh sangat pasai tu. Setiap manusia mempunyai kelemahan masing2. Malas dah la. Sebab semua dah dewasa dh. Tak perlu nak tegur semua tu.

Secondly, aku nak gitau yang mama dan abah  Alhamdulillah selamat menunaikan ibadah umrah dan selamat pulang ke tanah air. Baru ja jumaat lalu sampai rumah. Well, banyak la cerita yang dibawa oleh parents aku tu. Antaranya soal JODOH.  See.. I was highlight that words.

Once again, aku terjebak lagi dalam situasi drama tak kesudah nie. Entah kesudah entah tak. Mohon yang terbaik dari Allah. Kerana Allah la aku hidup sehingga ke hari ni. Mama pergi ke Mekah dan berdoa yang terbaik untuk anak2nya. Itu sudah semestinya.Termasuk abah. Kata mama, mama ada beritahu kawan mama yang mama nak berangkat ke Mekah. Kawan mama cakap, dia ada anak lelaki yang belajar di Universiti Madinah jurusan Syariah. Nak jadi cerita, kawan mama tu bagi la nombor telefon anak lelaki dia kepada mama for maybe mama nak tanya something ka, atau apa2 ka bila sampai di Madinah nanti. So, mama sampai ja Madinah, terus mama keep in touch ank lelaki kawan mama tu. Anak lelaki kawan mama tu cukuplah dikenali sebagai namanya Din. Kata mama, mama berkenan sangat dengan Din tu. Tak kurang juga dengan abah. Abah nie, jarang tau, kalau nak cakap dia suka kat orang nie. Kalau dia cakap dia suka kat seseorang tu, kemungkinan besar mama tak suka. But, kalau kedua-duanya dah suka nie, kiranya perwatakkan lelaki tersebut ok la.Boleh masuk dengan abah dan mama la.Abah cakap, abah nampak diri abah dalam diri Din tu. Perangai dia sama macam abah,  cool orang nya.
So, berita mengenai sifat Din nie sampailah ke pengetahuan family kami melalui whatsAapps family. Pakat dok cerita pasai Din tu. Siap mama cakap bakal menantu lagi. Siap mama hantar gambar Din tengah2 pagi buta lagi kat aku sorang nie. Woah,, terbaik lelaki nie. Apa la yang membuatkan mama dengan abah suka pasai dia?.

So, mama cakap secara serious yang mama berkenan sangat2 dengan dia. Dan nak pegukan aku dengan dia la, memandangkan dia sama umur dengan aku kan.So, aku pun dikehendaki hantar gambar aku pada dia. Kata angah, yang mama pi gtau ayah si Din tu kata yang mama berkenan kat Si Din tu. Dan ayah si Din tu nak minta gambar aku segera. So, aku sruh Shiffa snap picture aku yang tengah demam nie dan tak dak mood in everything nie.

Aku dah tak nak cakap pasai nie. Ada jodoh dengan dia, ada la. Aku dh tengok dah orang dia. Tak la seperti dalam angan2 aku nie. Biasa ja orangnya. Aku dah tak kisah. Tugas aku ialah PERCAYA KEPADA ALLAH semuanya. Dan aku kena solat istikharah. Kalau tanya hati aku, aku rasa memang patut aku kena "ikat" pun. Sebab dah umur nak masuk 23 tahun dah. Tapi entah nafsu aku ka yang jawab, atau iman aku ka yang jawab. I think, nafsu cakap nak, iman cakap serahkan pada Allah. So, aku pilih untuk tak nak fikir dan bergantung la kepada kuasa Tuhan. Soal jodoh nie, dah tertulis di Luh Mahfuz, so, bukan perkara simplify nak terus bertindak. Take time juga la. Tak pa,kita tunggu jawapan dari Ayah Si Din tu dan termasuklah si Din tu. If depa setuju, aku redha seadanya. Redha Allah, terletak kepada redhanya si mak bapak. Kalau kedua-duanya redha nak "ikat"kan aku, aku ok ja.
So, aku kena berhenti setakat nie la dulu. Sebenarnya, this week banyak sangat paper midterm nie. Kena pula demam la nie. Terus tak dak mood nak study. Mood nak rehat ja la nie. Dengan kepala dok berdenyut lain macam ja. Study mmg tak masuk pa dah nie. Ok, aku sudahkan dlu penulisan aku nie. See u in the next writting. Bye.

(Oh ya, aku lupa nak gtau result exam aku last sem, Alhamdulillah aku dapat 3.55. Hopefully, this year boleh kekalkan la)

19/03/2017