Hi, Have a nice day today? Hari nie genap sudah umur aku 19 tahun. Ingatkan, tahun nie akan jadi macam tahun lepas, * birthday yg paling sunyi* tpi, x la.. banyak yang wish kat aku kali nie.. Betul2 speechless. Tpi, orang cakap xbest la time birthday sakit kan?.. Aku tak rsa pun.. Aku bersyukur sangat. Alhamdullilah, walaupun aku batuk dan selesema plus aku x balik kampus pun hari nie, aku tetap bernafas dengan Izin Allah kan?
First, sekali aku terima ucapan birthday dari cousin aku la Ain Husna, and then di ikuti family members aku (termasuk lah kakak aku yg kedua yg sama birthday ngan aku tu). Betapa happy,ya, sbb time birthday cmni, aku dok di rumah dgn dia (kakak aku tu) dan sambut birthday skali. Kali nie kek dibeli oleh kakak sulung kami. Thank you, Kak Long love you!.
Dalam dok gembira nie, semalam aku terima mesej dari kawan sekolah menengah aku yang lama. Katanya, dia minta bantuan sangat2 nak pinjam duit kat aku sekitar RM250. Dia cakap, ayah dia berhutang dengan along sebanyak RM10,000, kalau dia x langsai hutang tu, dia kena kerja dengan along tu. Aku sedih la, nak tolong pun x boleh sebab time tu aku dh lewat petang dh pun, nak "cucuk duit" pun aku, pun ada duit PTPTN saja. Aku memohon maaf bebanyak kat dia, dan dia pun faham condition aku. Aku doakan semoga hari nie, dia x diapa2 la dgn along tu, sbb menurut dia, hari nie pembayaran adalah last.
Bagi aku, aku cukup bersyukur dengan apa yang ada sekarang nie. Walaupun nasib keluarga aku dulu pun susah, abah aku tak la sampai sanggup pinjam along duit dan abah kami x meletakkan kesusahan kepada kami. Alhamdullillah.. tpi, buat sahabat aku tu, aku doakan, kau dilindungi Allah.AMIN.
Untuk birthday kali nie, aku tidak mengharapkan apa2 pun, aku sangat2 berasa bersyukur dan beruntung kerana aku lahir di dunia ini. Terima Kasih Ya ALLAH kerana bagi aku peluang untuk bernafas di muka bumi MU ini :)
No comments:
Post a Comment