Sungguh! Aku tidak mengerti mengapa engkau hadir di dalam
tidurku.
Aku tidak tahu,mengapa seringkali aku terbayangkan wajahmu.
Jika benar, engkau ditakdirkan untukku,
Mengapa tiada
perkhabaran cinta darimu.
Mahu saja aku memekik agar kamu pergi dari mimpiku,
Namun hati ini tidak membenarkan cinta yang ada menghalau
bayanganmu.
Jika benar engkau ditakdirkan untukku.
Mengapa diriku masih tertunggu-tunggu.
Mahu saja aku memberitahu kepadamu,
Bahawa di sini, masih ada yang sudi menanti dirimu
Menagih cinta yang belum pernah kau tahu.
Kepada kamu Wahai Cinta,
Aku di sini terus menanti Cinta darimu,
Meski enkau tidak tahu perasaanku,
Terhadapmu.
No comments:
Post a Comment