Blue Sky

Blue Sky

Monday, 12 June 2017

Depression

*sigh*

Assalamua'llaikum and Anyyeong  (^_^)v

Well today tajuk agak berat dan susah sikit. Aku nak cakap mengenai depression today atau lebih dikenali dalam bahasa Melayunya tekanan/kemurungan. Menurut National Institute of  Mental Health salah satu department dari National Institute of Health U.S menyatakan bahawa 
"Depression (major depressive disorder or clinical depression) is a common but serious mood disorder. It causes severe symptoms that affect how you feel, think, and handle daily activities, such as sleeping, eating, or working. To be diagnosed with depression, the symptoms must be present for at least two weeks."
 Translatenya :

"Kemurungan (gangguan kemurungan atau kemurungan klinikal) adalah gangguan mood biasa tetapi serius. Ia menyebabkan gejala yang teruk yang menjejaskan cara anda rasa, fikir, dan mengendalikan aktiviti harian, seperti tidur, makan, atau bekerja. Didiagnosis dengan kemurungan, gejala perlu hadir sekurang"
 Dah kenapa tiba2 aku nak cakap mengenai ni pula? Hg agak? Sah2 la ia ada kait rapat dengan aku weyh.. Macam nie, last sem aku ada pi kaunseling. Itu pun entah kenapa aku rasa aku perlu pi kaunseling tu. Aku pun tak tau. Aku mengalami satu perasaan la. Perasaan ingin bercerita masalah aku ni pada seseorang. Nak kata sunyi, aku ada ja kawan sem lepas, roommate lagi.. ok ja. Rasa macam sia2 sahaja aku pi kaunseling tu. Ya la, kaunseling tu tiada makna pun. Sebabnya ia merupakan kaunselor pelatih. Langsung tak membantu apa2 pun. Kawan aku Farahani yang mencadangkan aku untuk berjumpa kaunselor pelatih tu. Aku pun ingatkan profesional la.. rupa2nya idoknye.. such a waste time for me. I got literally nothing and waste out of my time at all. Aku tak tau kenapa aku nk pi jumpa kaunseling. Rasa mcm aku perlukan.
So. this sem, aku tak jumpa mana2 kaunseling dan aku menjalani kehidupan aku sebagai seorang student UUM mcm biasa. But, unfortunately, I got so much symptoms that I never realize that this "silence actions" which is lead me into Depression. Aku tak sedar mula2 nya. But one day, aku terbaca satu confession dari FB nie,,kalau tak silap aku ialah iium confession kot. Dalam tu, ada menceritakan mengenai gadis yang suffering salah satu penyakit mental health. Dan ini membuatkan aku terdetik untuk turut check sekali mental health aku. So, dengan ditambah pula aku dengar lagu dari petikan "The Last" oleh Agust D, aku nekad untuk check mental heatlh aku. So, aku pun pergi la cari Mr. Google tu dan taip la ujian online.






Result yang sangat mengejut kan aku weyh. Weyh, aku tak tau nak buat macam mana dah. Macam tak percaya la pula. Sedih, nak marah, confuse, semuanya bercampur baur weyh. So, aku pun gitau la Shiffa suruh buat juga ujian tu. Sbb aku rasa aku nampak kat Shiffa simptom2 yg sama. Tapi, maybe dia pun tak sedar juga macam aku. Tapi, dia tak buat pun. And nampak gaya mcm dia take easy ja pun dengan kata2 aku nie. Biarlah.
Agak2 nya benda nie teruk tak? Aku tak tau la. Tapi aku nak cerita keadaan sekarang ni.Sebelum aku habiskan exam aku (maksudnya dalam minggu study dan exam week) aku mengalami siptom2 depression nie la. Antaranya tak dapat tidoq dalam keadaan ok. Aku often tidoq lewat, dalam pukul 1 atau 2 itu perkara biasa la. Masalahnya teruk tau. Keadaannya ialah aku akan rasa mengantuk time lepas Maghrib tu, dekat time Isyak la. Kadang2 pukul 11 malam dh rsa mengantuk. Tapi,, bila saja aku nak masuk tidoq area pukul 11-12 tu, mula dh la,mata yang berat nie, tiba2 la pula dok buat segaq tak tentu pasai. Haiseh,, tadi mengantuk, wth pula berjaga. Then mau boleh jaga tu.. tudia sampai pukul 4 -5 pagi. Itu namanya Insomnia. Dalam pukul 12-4/5 pagi camtu aku yang tak leh tidoq nie, dok kerja nak perhati roommate aku yang tidoq nyenyak nie. Heartbeat start rising dh time tu. Peluh, tok sah dok kata.. bercerau gila. Rasa panas pula time tu. Then, mula perasaan bercampur baur ada dalam kepala. Aku akan start menangis. Kadang2 sebelum aku tidoq pun aku menangis. Aku menangis tak tentu pasai tau. Menangis kadang2 tak menentu. Kadang tu, aku ber imaginasi sampai aku menangis weyh. Rasanya banyak kali dh dalam minda aku nie, dok berputar like drama pula. Imaginasi seolah2 mcm real live pula. Aku pun tak hingin nak berimaginasi sampai nangis2. Tapi imaginasi nie datang sendiri tau dak. Tu yang bahaya tu. Kadang aku imaginasi aku kahwin then suami aku dera aku, kadang aku imaginasi aku cacat.. Aku pun tak tau mcm mana aku boleh dapat visual mcm tu. Kemudian imaginasi aku nie yang lead aku utk menangis tau dak. Ya Allah, bantulah hambaMu ini Ya Allah. Astagfirullah.. aku tak pula nak bangun immediately utk bersujud kepada Allah. Kadang tu sbb aku rasa aku patut tidoq dan aku pikiq aku boleh tidoq kalau aku pejam mata. But, Allah lebih tahu weyh,, sepaksa mana pun aku cuba lelapkan mata aku, aku tetap akan terlajak masa sampai pukul 3/4 pgi. Astagfirullah.
Pastu, tak pa lagi. In the next morning, mula la, badan rasa mcm lemah, tak bermaya nak pi kelas, hilang fokus. Dan everything lagi la. Mcm tak dak motivasi pun ada. Astagfirullah. Aku gigih juga pi kelas. Ada la sekali tu aku pernah juga tak pi kelas pagi sebab letih. Tapi sekali tu ja la dan memang niat aku tak mau pi pun kelas tu. Ok.. aku mula akan rasa migrain anytime. Tak kira waktu la. Kadang time aku di "kemuncak insomnia" tu aku boleh ja rasa migrain yang teramat sangat. Allah ja tau sakit aku. Ada soalan yang paling terakhir utk penderita macam aku nie? "Did you feel that you want to commit a suicide?"
Soalan nie sangat bahaya dan selalu akan ditanya utk mana2 penyakit mental. So, jawapan aku ialah "I feel I want to sleep for a long time and didn't want to wake up" Tu ja jawapan aku. Memang! Aku rasa lemah badan aku dan aku rasa tired gila2.. sampai aku rasa macam aku nak saja tidoq tanpa bangun2 terus. Kalau aku bangun, aku akan migrain. Lagi sakit.

Ya Allah, kalau la ada orang yang sanggup tolong aku nie Ya Allah, Engkau hantar kan lah Ya Allah. Aku dah tak sanggup nak hadap semua benda nie lagi. Tapi.. Allah Maha Berkuasa. Dia tahu siapa aku. Dan DIA tahu aku boleh nak hadap semua benda nie or not. Even sekarang baru start cuti sem, aku still lagi alami siptom tersebut. Aku ada baca, yg siptom nie kadang2 kala berpunca dari trauma atau fobia akan sesuatu. But, the problems is,, aku tak tau pa yang aku trauma, aku fobia.Aku tak tau juga sama ada aku alami depression nie atau tak juga sbb maybe aku overthinking ka kan? Aku tak tau nak cari solutionnya di mana, dan how to start it? Buat masa sekarang ,aku tengah cuti panjang. dan aku tak tau nak cari kat mana Dr Psikologi mahupun Dr Kaunselor yang boleh bantu masalah aku. Klau benda nie teruk juga, aku kena gitau cousin aku dh. Cousins aku Hajidah dan Balqis tahu. Siap Balqis whatsApps aku lagi mengenai ini. But, everyone look like take this as easy things and didn't take this as a big things la.

Semalam, berlaku sekali lagi siptom nie. Aku nangis tengah malam. Then, aku sakit migrain. K.Ngah tidoq nyenyak ja. Aku tak nak kejut dia, nnti dia terkejut pula tak pun gelabah pula tengok aku nangis tengah2 malam nie. Aku tak gitau parents aku pun pasai nie. Aku tak nak menyusahkan depa. Tak nak depa "bising" kat aku. Tak nak mama dgn abh kata aku nie "loghat". So, aku bangun tengah2 malam then terus ambil ubat randomly dalam almari sambil tangan terketar-ketar, nangis dan sakit kepala yang teramat sangat. Aku tak tau aku ambil ubat apa.. Then, aku cuma cari paracetomol sahaja, tapi habis semua pills aku bok keluaq. So, aku tarik nafas dalam2 try recognize which one is Paracetomol. So, aku nampak pills yang paling menarik perhatian aku. Iaitu, pills warna warni. Aku dah tak tahan sakit migrain dh weyh. So, aku try juga untuk focus sehabis yang mungkin. Dan Alhamdulillah, pill warna biru menjadi pilihan aku and yes,, it's paracetomol. Dan aku terus telan 2 biji. Aku tak berhenti disitu sahaja. Habis sahaja, aku simpan semua pills tu, then aku open pintu dapuq, biaq angin masuk. Walhal, aku nngis serupa mcm orang hilang anak dah. Aku rasa mcm nak menjerit ja time tu. Sakit sangat Ya Allah. Aku merayu pada Allah. Aku baca surah Al-Mulk.. potongan ayat 3-4 tu for sure maksudnya, "ulang semula pandangan kamu ke langit" itu ja yang aku ingat. Then, aku ulang2 banyak kali sambil tgk langit, aku sebut Allah2 banyak2 kali. Tangan getaqnya, dgn nangis nya. Then aku tutup pintu dan aku masuk balik ke bilik. Aku still nangis lagi. Dan aku doa pada Allah, aku merayu yang sehabis mungkin. Aku letak harapan yang paling tinggi aku hanya pada Allah. Aku tahu, Allah sedang uji aku. Aku tahu Allah sayang aku. Dan aku tahu, Allah mahu aku bergantung 100% pada Nya. Lambat atau cepat Allah balas, itu aku tak peduli, yang penting aku yakin 100% Allah dengar suara aku. Aku gosok kepala aku perlahan-lahan. Then, suara hati aku berbisik." Sabar,, Allah sedang mendengar suara kamu,tenang" So, aku tak habis2 ucap Allah2 banyak2 kali. Then the result is. Like I said, I know Allah will hear my prayers. So,slowly, rsa migrain mcm nak gila tadi hilang sikit demi sikit then ajaibnya aku tidoq dengan tenang sekali. Even I got nightmare sekali pun,aku tetap bersyukur Alhamdulillah Allah tolong hambaNya.
Banyak kali dh aku buat mcm nie. Msa dok asrama time aku tak dapat tidoq pukul 4/5 pagi tu, masa aku keriau, aku dok doa pada Allah. Lepas tu ok la,, Allah bagi aku tidoq mcm magis oo.. 

Alhamdulillah la,, setakat nie , aku tak dak nak buat perkara like suicide mcm orang lain bayang kan tu. Dosa besaq bunuh diri nie. Allah ada. Itu ja jawapan aku. Allah uji aku mcm nie, sbb Allah sayang aku. So, kita kena tabah la hadap semua benda nie. Jihad kot. Tak nak terima takdir dari Allah? No.. you must accept it. That means, Allah love you so much.
So, setakat nie ja cerita aku. Nnti aku tulis lain. Bye.











No comments:

Post a Comment