Blue Sky

Blue Sky

Wednesday, 30 November 2016

My life as Undergraduate Student at Nothern University of Malaysia (UUM)

(sumber gambar dari belas ehsan Mr. Google)

                                                    College baru aku di UUM

 Assalamua'llaikum and Hi guys,, Like I'm promise to tell you on my last post that I will share with you my new adventure in my new campus. This is my  new college as you see, based on the picture above.

Well,, cekang ja nampak perkataan Kolej Undang-Undang tu.. walhal aku ni budak School of Government ja pun hahaha. Bila ada yang tanya "Sambung belajaq kat mana?" "Kat Nothern University,," tak sebut pun Universiti Utara Malaysia hahahaha. Baru nampak kelas..Pastu mau orang tanya "dari kos apa?", jawapan aku bagi "... oh.. dari kolej undang-undang.." buat sikit ayat tergantung.. hahaha menipu gurau sokmo.. Tapi aku gitau la yang aku melawak.

Meh sini aku cerita story masa nak mai ke UUM nie. 4 hari sebelum ke UUM, Aku relax ja beb.. Dengan dokumen apa pun tak lengkap. Mama dh siap berletaq dah.. Dekat 2 hari sebelum nak pi, baru la kalut dengan dokumen. Dengan nak cop la, dengan baru nak tangkap gambar passport la, dan macam2 lagi la..moral of this jangan buat kerja last minute macam aku nie. 

Pastu yang lagi peritnya, tengah2 dok fotostat tu, baru perasan, Transkrip akademik Diploma aku HILANG. Ya Allah,, tu la pasai.. ralik sangat. Aku pun kerah satu rumah suruh cari,, Bayangkan esok lusa tu dh nak pi ke UUM dh. Tapi mujur ada salinannya. Aku pun fotostat yang salinan tu bebanyak dan cop siap2. Tapi baru hari ni aku perasan, transkrip aku buat fotostat tu ada 2 keping ja,, mana lagi  keping? haish,,, nampaknya kena mohon balik transkrip akademik tu kat Politeknik.. Rasanya aku kot org first yg akan minta kat Politeknik transkrip akademik sebab kes hilang lepas nie.

Tapi abah baik. Abah sabar ja. Tak merungut apa2 pun. Abah siap nasihat mama lagi "jangan bagi tekanan pada dik ah" Aku ingat lagi masa seminggu sebelum aku mai tu, aku ada tebus duit PTPTN kat CIMB Bank.Abah sanggup tunggu aku selama 4 jam kot sbb ramai org kt bank time tu. Bila aku cerita benda di kat k.long, k.long cakap "tengok jasa bapa kat kita" Kata-kata tu memang menyentuh perasaan aku dan buat aku pikiq, boleh kah dalam masa depan nanti aku balas jasa pengorbanan abah selama nie? Ini membuatkan aku pernah teringat cerita mama. Mama pernah cakap, "ada orang yang belajar tinggi-tinggi dan buat mak bapa dia bangga. Persoalannya, bolehkah dia tu balas jasa mak bapa dengan hanya belajaq tinggi -tinggi? Habis koman pun nanti bila dia sibuk, dia akan huluq duit ja kat mak bapa dia. Tapi ada insan yang bila mak dia sakit, dia sanggup stop masa sibuk dia berkerja dan berada di sebelah mak dia yang sakit tu. Tapi berapa ramai yang buat macam tu? Mama dlu masa tok sakit dlu, mama tidoq sebelah tok, sbb takot tok pergi dlu dalam tidoq dia"

So, habis ja aku sudahkan semua tugas aku dalam minggu tu, malam sebelum aku pi ke UUM tu, Abah habiskan duit RM 50 semata-mata  untuk tunaikan janji dia pada aku untuk belanja sate. Aku ingat lagi makan sate arnab kat kedai tepi domino baru buka. Lepas tu, siap abah dengan mama buat kenduri kesyukuran lagi. Masa aku daftar tu, tu lah kali pertama aku masuk ke UUM. Baru aku tau UUM yang terletak kat Sintok tu cuma satu hala selepas Poli aku ja.. one way ja. Lebih kurang 45 minit perjalanan. Terkejut sebab UUM tak dak pintu pagaq. Lebih mengejutkan lagi, masuk pula jalan ikut pintu belakang.Nampak hutan semata-mata. Aku dok risau dh sebab perjalanan aku untuk ke Inasis aku tu jauh kot. Inasis aku bernama PETRONAS. Inasis elit menurut Dr.Nas yang bertugas sebagai Pengetua di sini. Dr dan senior cakap, students yang dok kat sni kena aktif dan CGPA must be 3.00 and above. Hopefully, aku kekal lah dok kat Petronas nie.Amin.. Sebabnya, semua prasarana kat sini lengkap. Dengan Varsity Mall dok sebelah inapan kami ja, dengan masjid dok depan kami punya inapan, then bas stop pun betul2 dekat dengan blok aku. Aku pun tak tau la apa akan jadi kalau seandainya student yg berada di Petronas ni dapat kurang  CGPA dia,, adakah kena tendang dari inasis nie? Sebab fasi ada cakap mengenai "apung" Aku pun tak tau sebenarnya istilah tu,, apa yang aku faham ia like mcam student tu akan ter"apung" pi ke inasis lain la kot.

ORIENTATION WEEK

Aku nak share dengan hampa minggu orentasi aku. Buat kali pertama melangkah ke UUM like I was said memang menakutkan la.Sebelum aku melangkah masuk, aku like dah page UUM tu, baca apa yang patut sebelum aku masuk ke sini.At least, tak terkejut la tengok kera belambak lintas jalan :)
Kedatangan aku disambut mesra oleh akak2 dan abang fasi, Sanggup sorang kak fasi nama Kak Min sampai hantar ke depan bilik la kiranya.Pastu ada la abang2 sado pula yang sanggup cari parking paling dekat for my abah.

Hari first tu berlalu hanya sekadar mendaftar inasis dan juga akademik. Then the day after that banyak berjalan-jalan.. Sakit habis pinggang2 aku. Mujuq bawa SALONPAS dan Panadol Muscle Pain. Pastu pula paling sedih, orang lain semuanya bergerak dengan geng2 masing-masing, aku pakai randomly jalan ja dengan sapa2 pun. Rata2 semuanya budak2 lepasan matrikulasi dan juga STPM/STAM.Kiranya boleh hitung ja budak2 lepasan Diploma. Oh ya, aku jumpa junior aku. Kawan Insyirah, iaitu Fazilah. Fazilah cakap, dia cam muka aku. Tapi, aku nie ha,, dok teragak-agak juga tengok muka dia. First tu, memang dah nampak mulanya Fazilah dalam ramai2 orang time tu, tapi tak cam pun (maybe sebab dia pun pakai make up tak sangga) . Dia cakap kawan dia yang teguq dia dulu,kata aku ni budak poli. Masa fasi suruh berkumpul dengan orang negeri masing-masing,waktu tu dia baru teguq aku. Aku nie pun,, cam antara tak cam ja la. Biasa lah amnesia.

Seriously aku cakap, ini antara orentasi paling relax yang pernah aku jumpa la. Tak macam orentasi dalam kem2, tak pun like orentasi politeknik aku dlu yang kena "grenade" sepanjang tgh panas terik tu. Alhamdulillah,kiranya aku boleh la jalan 10 KM juga la.Nak gitau, lelaki kat sni memang spesies kaum pupus la. Sikit sangat! Ala,, baru target nak "hook" budak2 lelaki kat sini. Like mama and abah was said,"Adik, pi ijazah nanti jangan lupa cari jodoh" hmm,,,, mama nampaknya jodoh cik dengan ijazah la jawabnya. (-_-)

Pastu aku ni tak dak roommate.. Orang lain semua ada roommate,aku ja yang tak dak. Tapi tu sat ja, dalam 5 hari lepas tu ada dpt roommate. Masa tu, aku baru balik dari kg,, tengok2 ada barang bagai dok kat dlm bilik aku sebelah katil aku. Haish, aku dok pikir dlm minda aku nie tertanya la juga, senior ka sem 1 sama macam aku? Hmm.. tak pa la,, tidoq dulu la. Pastu dh tidoq sampai tak sedaq tu, tetiba terkejut sebab dengaq ada org buka slak kunci pintu... "huh! sapa pula yg nk ceroboh aku punya bilik nie" aku pun terkebil-kebil, bertambah terkebil apabila seorang perempuan dgn ceria dan bising nya said "Hii!!" Mcm nk luruh jantung aku dibuatnya. Dia cakap kat aku yang dia tu akan dok bilik nie merangkap jawatan roommate aku.Dalam hati tak rela sebenaqnya nak ada roommate tapi, aku paksa relakan la (well biasa la,, kita kan tak kenai orang asing,tetiba orang asing tu mai bilik kita nk jdi roommate kita,, mmg -__-''' )

Dia gitau aku yg dia kos IT, nama dia Farhana Shifa orang Jitra Kedah (org Kedah lagi, aku nie mmg ditakdirkan ada chemist dgn org Kedah kot ) Sebelum nie, dia dok kat OKU dgn budak SOIS. Oh... baru aku ingat! time masa orentasi tu ada budak SOIS yg Dr ckp kat dia sruh pindah inasis.. roommate dia la nie. Lagi mengejut kan, dia nie kawan Jah.. Mmg kcik dunia nie.
Hah.. sapa tu Jah..?

Ok.. masa orentasi terakhir tu, aku ada jalan2 sekitar UUM dgn all budak sem 1 dan juga Dr.. kononnya tour UUM la (walhal, penat nak mampus, depa usaha ambik jalan jauh, walhal ada sja short cut).. Time tu ada la budak nie, teguq aku,, dia ckp nk jalan sekali dengan aku. Lama juga kami sembang.. sampai saling tukaq nombor fon la. Jah nie orang Kedah (well like I said,,mmg utagha suka dok dgn org utaqha).

Okk.. habis dh cerita aku. Lepas nie time cuti sem, aku sambung pula cerita lain ya.




No comments:

Post a Comment