Blue Sky

Blue Sky

Friday, 20 January 2017

2017!!!

Hello blog yg sunyi hahahaha☺
2017, and not to late for me to said "A very Happy New Year"

"New Year, the New of Me"~ Bu**s*it~ sama saja la.. (itu apa yg roomate aku cakap na.. bukan aku) hahahaha tapi ada betul juga, tahun baru adalah saya yang baru.. black hapus! sama ja tiap2 tahun.Tapi keberangkaliannya, aku memang berubah sedikit,, (berubah fizikal sahaja, sbb makin "sihat") hahaha,, perut dah banyak tanggung lemak tak tepu. Dok UUM pun makan sedap2, dok rumah lagi la kan,, macam2 recipi aku buat.. (ala... tak da la,, sikit saja yang belajaq tu dari mama).

Well, how you guys doing? Aku dah masuk minggu kedua cuti sem sekarang nie. Habis final paper di UUM, maka officially aku tamat pengajian ijazah semester satu di situ. Ala, baru semester satu. Aku nak cerita la sikit,saat2 aku tengah struggle final di UUM tu. Masa last klas Ko-K tu, aku ada jumpa pensyarah yg mengajar aku Ko-K tu for submit our group assignment.Then, madam aku cakap yang UUM nie, kali pertama buat final exam tanpa study week. Maksudnya,aku nie batch first la tak dak study week. Belajar hari nie,pastu dok dua tiga hari terus exam. Kalut gila. Tidoq pukul 2-4 pagi kot semata-mata nak study. Final exam di UUM aku start 15/12/2016, dan last paper on 08/01/2017. But, nasib aku pula, paper aku kena pada 17,18,21,23,28 dan 30 haribulan 12. But my roomate habis 29. Waktu tu aku getaq gila, takot roomate aku balik dulu.Aku pujuk la dia.. "Shiffa, k.Basirah balik 31, ala,, Shiffa balik la 31 tu, teman k.Basirah." Dia tak dak masalah, ok .. on saja. Sebab dia cakap, dia nak download banyak2 dulu cerita Korea.Ok fine... asalkan dia teman aku sudah.

Ha,, nak tau dak sebab apa aku takott? Macam nie. Dah lama dah aku dok bilik 4C205 di blok Petronas nie.Setakat nie, bilik tu x dak apa2 lagi la. But,, yang menjadi problemnya ialah, bilik atas kami tu. Tiap2 tengah malam aku dengaq macam2. Bunyi orang tarik kerusi la, tarik benda berat like meja la,, dengaq orang katuq dinding la.. pokoknya macam2 lagi la. Aku tak pikiq apa2 pun pada awal2 tu. Sebab aku tak feel any "strange" tau. Orang kata, kalau kita tak pikiq apa2, maka kita tak akan jadi takott. Lama2 aku dok study kat situ, aku mula la nak tanya Shiffa, kot2 la dia ada dengaq apa2? Kata dia, dia pun dengaq juga bilik atas bising tengah2 malam. So, fair la benda tu. Tak la takott sangat bila sama2 dengaq. Lain la bunyinya kalau aku sorang saja yang dengaq kan?So, bunyi bising tu unsolve sampaila final exam weeks. Rasa bengang la aku pun bila aku study sorang2 tengah2 malam, dengaq org buat bising. Shiffa pun rasa benda yang sama dengan aku. One day, aku tanya Shiffa " Shiffa, confirm ka, bilik atas kita nie ada orang?. Kitakan tak pernah naik tingkat tiga"
Shiffa aku tu jawab ya la. Memang confirm ada orang. So, aku tetap tak puas hati, nak juga naik tingkat tiga sbb curiosity sangat. Then aku naik tingkat tiga... So, terus menuju ke bilik yang dikatakan atas kami tu.. jawapannya.... MEMANG ADA ORANG PUN. hahahaha

But, aku tak ketuk pun pintu bilik tu. Takot2 foreign student yang mendiami bilik tu. So, I never ask them about noisy things that we always heard every night. So, aku berkeadaan tak terurus la minggu exam tu. Otak pun serabut, tidoq tak cukup. Dah macam zombi. One day, kalau tak silap aku masa tu aku baru habis paper 28 hb tu kot, Shiffa bagi berita tergempaq pula kat aku. Seorang male student UUM kami meninggal dunia secara mengejut. Dikatakan petang kejadian tu, arwah nie pi ke Kachi dan pengsan secara mengejut di tapak futsal. Tengah tetiba orang kat situ dok syok main futsal,, arwah terus rebah dan tak sedaq kan diri. Orang2 kat situ terus panik dan call Pusat Kesihatan University.Tapi, arwah dah meninggal masa sampai kat PKU. Dengaq kata, arwah mmg dh meninggal di tapak futsal tu lagi, kiranya sampai2 sja di PKU tu, MA sahkan arwah dah pergi buat selama-lamanya. Inalillah...
Tapi, kematiannya dikira kematian mengejut la. Memang heboh seluruh UUM kot. Lepas dua hari tu pula, aku try tanya classmate aku, ada tak depa dengaq apa2 pasal kejadian tu lagi dah alang2 habis exam,masa tu dok sembang dalam bas.Kata classmate aku sorang nie, arwah ada pembekuan dalam otaknya akibat tak cukup oxigen dalam kepala, a.k.a tak cukup rehat la. Terkejut la aku dengaq tu. Aku pun time exam tidoq hanya 2 jam sahaja.. So, moral of this, rehat perlu juga. Jangan paksa kepala tu.Belajaq pun belajaq juga. Tapi still kena tidoq. Jangan stay up sampai tak tidoq langsung.

So, at the very the end of the year of 2016 ialah time aku berangkat pulang. Aku balik awai lagi dari Shiffa, pastu abah bawak aku pi shopping kat Jitra. 31 hb Disember tu, tarikh k.long ambik cuti.So, mama tak jaga la Nabil. Depa semua pi Perak, pi kenduri K.Izzati (kawan k.long). Ala.. shopping tu hanya beli barangan mama nak pi Umrah sahaja. Mama dan Abah akan berangkat ke tanah suci bulan 3 tahun ini.Insya-Allah, semoga dipermudahkan segala urusan.

Ok,, sudah habis aku cerita bab tahun 2016. Tahun nie, sebulan aku start dengan cuti sem. Woohoo.. bahagia nya!! awal tahun, university lain tengah struggle study, aku pula bercuti-cuti.Rasa macam tak mau balik UUM dh oo.. hahaha. Jadual untuk sem 2 dh susun dh. Nampak akan busy di situ. Sebab paper aku ambik, agak tough juga la. Semua kod subjek dah mula masuk kod 2000.Waduh2.. risau tahap gaban nie. Dengan result tak tau macam mana lagi. Harap lulus la. Dah la aku tak baca apa pun subjek TITAS tu.. pakai main bulat ikut suka ja..cari Nahas.. memang Cari Nahas...Ya la,, paper TITAS 18 hb kot, sebelum tu ada dh paper 17 hb..Yang paper 17hb tu mengarang yang banyak, sebab tu aku pulun lebih, yang 18 hb tu pula paper hitamkan.. memang aku hitamkan sahaja ja la.. tobat tak baca apa2 pun. Risau repeat ja la.Aduhh.. Ya Allah, minta la tak repeat paper tu.

Dah2, apa yang lepas biaq yang lepas. Tahun nie, target aku ialah utk menjadi ahli tetap library. Itu pun kalau aku still dok inasis Petronas la. Untungnya dok inasis Petro nie ialah dekat dengan Mall dan library. So, kalau stay kat library sampai pkul 10 malam pun tak pa. Dok kat University tak sama dengan poli.Dulu dok poli library katup pkul 6. Dok UUM, tutup pkul 10. So, tak dak alasan la kalau tak sempat pulangkan buku yang dh dipinjam.Ada pernah sekali tu aku pulangkan buku time malam,ajak roommate aku tu teman pi library. Mujuq dekat ja.Target aku kedua,, hmmm.. nak jadi pelajar aktif berkhidmat pada masyarakat la pula. Dan target ketiga.. Melancong ... ini part paling best. If abah aku kaya tahun nie, aku nak pi melancong ke luar negara. Target aku Australia. It's time for us to travel pula. So, boleh aku timba pengalaman melancong ke negara luar Asia nie. Aiceh ceh cewah...

Ok, dah la. Aku nak sambung tengok drama korea.. Angin tengok drama pun kurang dh la nie, boleh la setakat nak matikan kebosanan aku nie. Bye.~~ See you in the next post.

No comments:

Post a Comment