Assalamuallaikum w.b.t, Shukur Alhamdulillah ke Hadrat Illahi di malam Jumaat aku menulis ini,merupakan malam terakhir aku berbuka puasa di Politeknik. Segala ujian sepanjang bulan Ramadhan di sini aku harapkan mendapat keredhaan atas kesabaran yang aku tempuh.
K. Ina semalam (Rabu) dh senyum sesorang sebab dia akn balik hari ni. Alahai k.Ina, Ashi ni asyik2 kena tinggal dgn k.Ina sja,,dh la dok dlm blk nie sesorang smbil layan lagu raya.. sobs..sobs.. sedihnya :( tpi, thanks sangat dengan duit raya yg k.Ina bagi hari ni, sblum k.Ina balik kg..tihihihi.. :)
Sedikit recall peristiwa hari ni. Semalam aku dapat mimpi buruk, aku dok doa sja, harap hari ni, bukanlah seperti mimpi aku, aku lebih banyak beristghfar. Alhamdulillah, hari ni, berjalan dengan baik dan penuh senyuman. Pagi2 lagi, aku kena pi kutip derma untuk projek hari raya bersama warga emas tu. Well, masa dok tngh tunggu geng2 aku tu, aku sembang la dengan Alya dulu. Time dok sembang tu, tetiba Alya kata di belakang aku ada "pasangan bahagia" tu. Haduih, aku teruskan bersembang dengan Alya, tanpa mempedulikan mereka. Agak rasa kecewa, kali ini, lepa tetap sama,menyombong tak menegur aku pun. Well, Anna ko dh bahagia, boleh la ko buat cmtu kat aku. Tak pa, nnti hang akn tau langit tu tinggi mana. Tpi, aku x rsa teruk sangat perasaan aku "sakit hti" tu sbb aku dh biasa dan harus membiasa.
Masa kutip derma cam2 berlaku. Ada la jabatan yang x mo derma la. Tpi, aku bayangkan masa first aku kutip derma tu pensyarah cm x layan ja, (ada jabatan tu, classmate aku tau, dan geng2 aku tau) dan aku merasakan akan jadi mcm tu juga kalau p jbtn laen. Tpi, x bagi jabatan nie, even jbtan last yg aku p kutip ni, berada agak hujung di poli, tpi, pensyarah sporting. Sehinggakan, aku turun tangga pun masih lagi tersenyum.
Ha! nak cerita time aku turun tangga. Tengah aku dok still rsa happy time tu, aku terserempak Fakhrul. Dia tegur aku, ucap "Selamat Hari Raya Basirah".Punya la aku t'kejut! sebelum nie, awai2 aku masuk sem, x prnh tegur aku pun. Now, tetiba Fakhrul tegur aku. Aku pun balas dengan senyuman yg hbs manis & gembira x t'kata (kerana ada juga geng2 JRKV yg aku kenai dri teater tegur, dh la tu geng2 "pasangan bahagia" pula tu, tengok? geng dia pun tegur aku, lepa tu,?? menyombong!)
Masa aku pi kelas petang pun, ramai orang yang kenai aku, pun tegur aku ucap Selamat Hari Raya, x kiralah lelaki mahupun perempuan. Endingnya, waktu berbuka puasa, aku berbuka puasa dengan kawan2 baik aku lah ( Yana,Nazia & Zahirah). Well, nama pun hari terakhir, ramai giler la cafe. Ala,, x tangkap gambar la.. it's ok! janji memori kami ada dan diharap hari2 terakhir Ramadhan di Poli kami sentiasa mendapat Barakah dari Illahi.. Sekian.. :) # yeah~ esok balik kampung, baju dh packing, tpi, x bca buku lagi tihihi..

No comments:
Post a Comment