Hello, and Salam Jumaat semua.
Di hari barakah ni, aku mai office dengan Alhamdulillah, Allah lancarkan aku punya perjalanan pagi aku. Tak dak apa pun yang sangkut even aku mai 8.40. Consider ia adalah lambat for my department. Pagi2 lagi, dua orang staff mai kat meja aku tanya apa kerja aku sekarang dan aku jawap, " I'm free right now" So, depa dah bagi tugas untuk study minute of meeting. Tetiba flashback di masa latihan industri kat UniMap dlu pun bermain-main dalam fikiran aku. Well, minute of meeting kat company ni depa suruh sampai 3 budak intern buat. Aku rasa mcam relax la sikit, sbbnya, bukan aku sorang yg kena buat minute tu. Aku gelak juga dan berbangga dengan diri aku yang lepas, sbb aku yang dlu struggle sorang2 buat minute of meeting tu. Alhamdulillah, aku ada pengalaman ni. Allah bagi peluang untuk aku nampak juga gambaran nak buat tu. Tapi, tengok gaya macam aku sorang ja nak buat minute of meeting ni. Sebab macam dua2 orang tu memang tak ambik peduli dah apa2 pun.
Well, kelmarin aku tak datang office, sbb aku ambik Emergency leave (EL). Aku boleh ja nak datang kalau ikutkan, tapi dia punya tired gila gu pulak dengan 2nd day mai period. Mmg alasan aku bagi kat WhatsApp group la, kata aku ni period pain. So, aku ambik la EL. Er'k, masalah aku hadapi sekarang ialah, sv aku tengah outstation so, macam mana nak sign ha? hmm.. jawabnya if dia outstation sampai next week, aku susah nk submit aku punya EL la. Sbbnya, aku kena submit attendance aku skali dgn EL tu. Tapi aku rasa dia akan mai start next week.
Oh ya, aku ada good news! Aku dah dapat nama sv report dan sv visitor UUM aku. Orang yg sma which is, ketua penyelaras aku la. Aku dh WhatsApp dia, Alhamdulillah, org yang baik. Aku harap aku boleh go on dengan dia nanti. So aku tak perlu risau dh bab2 UUM ni. Cuma aku dok tgh pikiq ni sama ada nk balik or not kampung ni? Aku dok nampak, yang aku tak akn balik sampai tahun depan. Bulan Disember ni, 2 orang budak intern tu dah nak blah dh. Tinggal la aku sorang2 sahaja. Then, dengaq kata akan ada orang lain yang akan masuk ganti depa, tapi tak tau lagi la bila. So let's do #prayforsera hahaha. I hope everything will be fine.
Aku tenang bukan sebab apa. Sebab takdak sv company aku ni yg namanya Chow. Sepanjang dia tak dak ni, mmg Alhamdulillah tenang sangat. Aku harap, next week pun bila dia dah balik, aku tak risau apa2 dh. Aku harap sangat aku tenang gila, seperti mana 2 minggu ni. Ya Allah, permudahkan urusan Basirah hambaMu ni yang lemah. Aku berharap Ya Allah, supaya aku dapat menghadapi hari2 intern aku ni dengan adanya kekuatan dari Mu Ya Allah.
Well, aku memang mengharapkan aku dapat balik awal setiap hari event tho, aku tahu aku ni tak mungkin dapat balik 5.30 melainkan, kalau semua staff pakat blah pukul 5.30. Setakat almost 2 months aku ada kat sni ni kan, aku rasa sekali ja staff blah 5.30 dan skali ja, blah sekitar 4.30 gitu. Itu pun time Head of Department aku tak dk. Aku ni suka sebenaqnya kalau kedua-dua tak dk tau. Sv takdak, sekali dengan Head of Department aku tak dak. Uish! such a happy day kalau tak dak kedua-dua orang tu.
Tadi mama pesan kat WhatsApp suruh aku beli beg kat dia. Dia nk yg ori pulak tu. Uish, rentas duit elaun dik ah la, kalau nak yang ori, itu apa yang aku balas la. Mama siap cakap dia akan bank in duit. Aku macam malas dan segan dh bila mama nk bank in duit for beg tu. Bagi aku belanja la. Ala setakat beg ja. Even duit elaun pun, biaq pi la, sbbnya, bukan senang nak belagak senang. Hahaha. Teringin nak keja kat Petronas ni. Tpi bukan kat joint venture dia la. Ops! Aku dh tersebut nama company aku intern. So,,,shhh... ye.. aku kerja kat company minyak no 1 kat Malaysia ni ha! Atas bangunan tertinggi di Malaysia. Tingkat 60 tpi tower berapa tu aku diamkan saja la. Tak perlu kot nak habaq, sbb aku dh banyak kutuk dah kat previous posting hahahaha.
Tak sabaq nak balik ja utk hari ni, sebabnya esok dh weekend. Slalunya aku balik dan cuti hujung minggu aku enjoy gila2. Tidoq macam tak sedaq gila, pastu, jalan2 dan buat hobi aku. Ok la, dh habis aku berleteq panjang dah ni. Aku pun takdk idea nk tulis apa dh ni.Bye~~~ See you in the next post!.
No comments:
Post a Comment